Monday, April 27, 2009

What Is Halal?

Halal has become the buzz word with regards to food, although its relevancy in fact extends to non-food areas such as personal care & cosmetics products, pharmaceuticals, other consumer goods, finance and services. Halalan Toyibban simply means permissible and wholesome, and this concept is founded on Syariah laws. Toyibban denotes food that is safe, clean, nutritious and of good quality. The general principle concerning food according to Islamic teachings is that everything is halal except impurities, and that which is harmful and intoxicating. That which is classified as non-halal or ‘haram’ is forbidden and prohibited for Muslims. Any food or drink which lies within the grey area between halal and haram is classified as ‘Syubhah’, and Muslims should avoid consuming Syubhah food or drinks until the status of the food or drink becomes clear.
-In Malaysia, the definition of halal food and its guidelines are provided by the Malaysian Standard “MS1500:2004: Halal Food – Production, Preparation, Handling & Storage – General Guideline (First Revision)”. To be certified halal under the Malaysian standard, the food must fulfill the following requirements:
-Does not contain any parts or products of animals that are non-halal to Muslims or products of animals which are not slaughtered according to Shari’ah law
-Does not contain any ingredients that are Najs (filth or unclean) according to Shari’ah law
-Is safe and not harmful
-Is not prepared processed or manufactured using equipment that is contaminated with things that are Najs according to Shari’ah law
-The food or its ingredients do not contain any human parts or its derivates that are not permitted by Shari’ah law
-And during its preparation, processing, packaging, storage or transportation, the food is physically separated from any other food that does not meet the requirements stated in a, b, c, d, or e or any other things that have been decreed as Najs by Shari’ah law .
Modern-day Halal Issues
In Islam, the consumption of halal food and using halal consumer products are obligatory in serving Allah. Living in the era of modern science and technology creates halal issues for the modern-day Muslim consumer that were considerably less pervasive previously. In terms of halal food this evolution comes with the introduction of various new additives and ingredients to meet demands for improvement and innovation in food production, for example convenience food, better varieties and flavours to suit different tastebuds, methods of food production that can address food safety concerns and so on. This increasingly creates grey areas in Halal as the application of genetic engineering, and the usage of synthetic ingredients and hormones, for example, become more widespread in related industries. Due to these advancements in food technology and biotechnology, Muslims are now more exposed to various ingredients and processed foods that may be of questionable Halal status, particularly in secular or non-Muslim communities and societies.
Different types of food offered in the market often confuse the consumers and it is important to facilitate consumers in purchasing the right food, and especially facilitating Muslim consumers in purchasing food that is fully Shariah compliant, both in terms of its ingredients as well as the way it is produced. It is thus of great importance for the modern-day Muslim to be educated and to be aware of such ‘grey areas’ between Halal and Haram.
Why Malaysia?
Among the objectives of the Third Industrial Master Plan (IMP3) 2006 – 2020, is to make Malaysia the “Global Halal Hub” for the production and trade in Halal products and services. There is great potential for developing and promoting Halal products and services in the global market;
-The Muslim population is about 1.6 billion and spread across the world. It is estimated by 2010, the global Muslim population will be approximately 3.0 billion;
-Halal products and services are also gaining increasing acceptability among non-Muslim; and
The global value in trade for Halal food and non-food products is estimated at USD1.2 trillion annually. This market has created interest among food producing countries, both Muslim and non-Muslim.
-The growing interest in the potential market has hasten the move towards the development of global standards as well as expanded the coverage of standards to include activities such as logistics and packaging.
-Malaysia has the edge in the development of the Halal industry as it is a modern Islamic country with an open economy and a well developed physical and institutional infrastructure, capable of supporting initiatives and programmes to develop and promote the industry.

selsema burung ke selsema babi




Seperti yang diketahui umum (harap tahu), wabak Selsema Babi sedang melanda Mexico dan Amerika Utara beberapa hari lepas. 81 orang maut di Mexico ,menjangkiti 12 orang di Amerika Syarikat dan buat pertama kalinya pihak berkuasa di New Zealand mengesahkan 10 pelajar negara berkenaan yang baru pulang dari Mexico menghidap selesema babi dan terpaksa dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga.Selsema Babi, merupakan satu penyakit respiratori (sistem pernafasan) yang selalu ditemui dalam kawanan babi, disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru. Selsema ini yang selalunya berlegar dalam spesis babi sahaja, dilihat mula menjangkiti manusia dan mula dikesan dalam manusia sejak 1988.Namun menurut laporan Centres of Disease Control and Prevention Amerika Syarikat atau singkatannya CDC, jumlah kes Selsema Babi dilihat semakin meningkat sejak Disember 2005 sehingga Februari 2009, dan semua kes ditemui di negeri-negeri Amerika Syarikat. Sedari Mac 2009 hingga April 2009, lebih 1000 kes Selsema Babi dikesan di Mexico, dan lebih dari 80 kematian yang dikaitkan dengan virus H1N1 dilaporkan. Tanggal 26 April 2009 (kelmarin), Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat mengisytiharkan wabak Selsema Babi ini sebagai kecemasan kesihatan awam (public health emergency), setelah lebih 20 kes dikesan di seluruh Amerika Syarikat.Simptom-simptom yang dipamerkan pesakit yang dijangkiti H1N1 adalah seperti, selsema, demam, batuk, kepenatan dan juga kurang selera makan. Ada juga laporan menyebut bahawa pesakit mengadu sakit tekak, loya, muntah-muntah dan cirit-birit. Virus H1N1 ini dipercayai menjangkiti manusia ke manusia melalui udara, titisan rembesan hidung mahupun mulut yang berlegar di udara. Selsema Babi mudah menjangkiti manusia lain dalam lima ke sepuluh hari pertama jangkitan. Ubat yang disarankan adalah seperti; amantadine, rimantadine, oseltamivir dan zanamivir, walaubagaimanapun, untuk wabak terbaru ini, rawatan yang disarankan adalah dengan menggunakan oseltamivir dan zanamivir. Vaksin untuk selsema manusia bermusim tidak melindungi manusia dari Selsema Babi.Sebagai langkah pencegahan juga, orang awam digalakkan memakai topeng dan juga melaporkan diri pada klinik atau hospital berdekatan jika ada melawat negara-negara (dalam sebulan yang lepas) yang telah diisytihar dilanda wabak Selsema Babi.


Renung-renungkan : Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Surah Al-Nahl Ayat 115

Bahan pengganti lemak terhidrogen berisiko

INDUSTRI makanan kini menghadapi tekanan untuk menggantikan lemak terhidrogen yang mengandungi asid lemak trans (TFA). Ia adalah satu cabaran kerana selain berfungsi sebagai lelemak, bahan pengganti itu harus juga mempunyai nilai khasiat pemakanan.

Kebanyakan pengusaha makanan menghentikan penggunaan lemak separa terhidrogen. Pengeluar kini beralih kepada lemak terinteresterifikas i untuk sesetengah produk seperti shortening, majerin, dan lemak bakeri. Pemantauan haruslah dibuat dengan lebih teliti ke atas setengah alternatif yang berada di pasaran untuk mengesan impaknya terhadap kesihatan dan juga bahan makanan. Satu kajian dijalankan di Malaysia, membandingkan lelemak dari minyak kacang soya terhidrogen penuh dan lelemak dari proses interesterifikasi kimia minyak kacang soya dengan lelemak sawit semula jadi.

Interesterifikasi ialah proses ubah suai lemak yang lama digunakan oleh pihak industri untuk menghasilkan formulasi lelemak khusus untuk kegunaan tertentu. Ia membolehkan asid lemak di dalam setiap molekul lemak dipinda dan akhirnya menghasilkan lelemak yang stabil pada suhu tinggi. Untuk kebanyakan formulasi makanan, proses ini amat berkesan apabila lemak separa pepejal atau lemak pepejal seperti minyak sawit atau stearin sawit dicampurkan dengan minyak cecair dan diubahsuai untuk memenuhi keperluan yang tertentu.

PERMOHONAN SIJIL & LOGO HALAL



KEISTIMEWAAN MEMILIKI SIJIL PENGESAHAN HALAL DAN LOGO HALAL
Menambah Keyakinan PenggunaPara pengguna akan bertambah yakin dengan sesuatu produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh premis makanan kerana telah mematuhi piawaian kebersihan dan peraturan Islam melalui "Garis Panduan" yang ditetapkan.
Satu Sumbangan SosialPenggunaan Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal ini dilihat sebagai satu sumbangan sosial untuk menyediakan makanan bersih lagi suci kepada masyarakat Malaysia. Pada masa yang sama, Pengusaha Islam telah menyempurnakan tuntutan fardhu kifayah kepada umat Islam khasnya dalam penyediaan makanan halal.
Memudahkan PemantauanDengan Penggunaan Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal ini, syarikat dan premis makanan akan sentiasa mematuhi "Garis Panduan" yang ditetapkan. Mereka juga akan mendapat nasihat dan kepakaran dari pihak berkuasa agama berkaitan kebersihan, kesucian dan menepati piawaian dunia dan peraturan Islam.
Peningkatan Produktiviti dan Laba KeuntunganPenggunaan Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal ini akan meningkatkan produktiviti syarikat kerana logo ini telah dikenali dan sinonim dengan masyarakat Islam yang menjadi pengguna majoriti di Malaysia. Laba keuntungan akan bertambah melalui tarikan jual beli pengguna yang telah yakin dengan produk / perkhidmatan yang mempunyai Logo Halal.

SENARAI HOTEL DI SELANGOR YANG MENDAPAT


Sunday, April 26, 2009

Selesema babi menular ke Kanada, dunia timbang kuarantin

GENEVA: Canada menjadi negara ketiga mengesahkan kes selesema babi ketika pegawai kesihatan dunia menimbang untuk menaikkan tahap amaran wabak global. Negara dari New Zealand hingga Sepanyol turut melaporkan kes yang disyaki dan ada yang memberi amaran kepada rakyat masing-masing daripada berkunjung ke Amerika Utara manakala ada yang bercadang mengenakan kuarantin, mengetatkan import produk daging babi dan mengesan penumpang penerbangan yang demam. Keenam-enam kes Kanada di Nova Scotia dan British Columbia itu berkaitan dengan mereka yang berkunjung ke Mexico dan semuanya dijangkiti jenis virus yang sama.
"Mereka sudah pulih tetapi ia mungkin bukan kes terakhir yang kita akan saksikan di Kanada," kata Ketua Pegawai Kesihatan Awam Kanada, Dr David Butler-Jones. Pegawai Kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata jawatankuasa kecemasan agensi itu akan bertemu untuk kali kedua esok bagi meneliti penularan virus itu sebelum memutuskan sama ada meningkatkan amaran kepada wabak sejagat. Jenis virus A/H1N1 selesema babi itu dikesan di beberapa lokasi di Mexico dan Amerika Syarikat and merebak menerusi jangkitan sesama manusia.
Menteri Kesihatan Mexico berkata penyakit itu sudah membunuh 86 orang dan memudaratkan 1,400 yang lain sejak 13 April. Pegawai Amerika berkata virus berkenaan ditemui di New York, California, Texas, Kansas dan Ohio, tetapi tiada kematian dilaporkan. - AP
berita harian 27/april

Monday, April 20, 2009

7 Sunnah Rasulullah S.A.W

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Wallahualam. ..