Wednesday, December 23, 2009

1 Malaysia 1 Halal Exhibition

Campaign Background
The 1 Malaysia 1 Halal campaign also known as 1M1H is JAKIM's latest initiative at increasing the awareness of the general consumers that only halal certification and Malaysia halal logo issued by JAKIM and/or State Islamic Religious Council (MAIN) is being recognized by the government of Malaysia. The said campaign is expected to be launched on Prophet Muhammad’s Birthday (Maulidur Rasul) in 2010 by HRH Yang di-Pertuan Agong in Masjid Negara, Kuala Lumpur. This initial campaign will be followed by a series of road shows in each States of Malaysia and is expected to be held in selected shopping malls.VenueMasjid Negara, Kuala Lumpur Date25th to 28th February 2010 Time10:00 a.m. to 10:00 p.m.

Campaign Objectives
To strengthen the public’s awareness on the Malaysian halal logo.
To develop the platform by which the Bumiputera entrepreneurs will be able to promote and sell their halal products and services to the people.
To develop the platform by which the entrepreneurs will be able to explore business opportunities by opening up marketing opportunities.
To provide advise via the Halal clinic – explanation and problem solving on matters related to Halal.

Activities
Exhibition and sales of halal products/services by the entrepreneurs
Blood donation campaign as well as free medical check-up by the Ministry of Health
Launch of Halal awards
Forum Perdana Ehwal Islam
Halalan Toyyiban seminar
Halalan Toyyiban cooking demonstration and tips
Islamic fashion show
Nasyid performance
Cooking contest
Drawing/colouring contest

Tuesday, December 22, 2009

Malaysia mesti bekerjasama dengan syarikat teknologi

SAN FRANCISCO 11 Dis. - Industri halal Malaysia boleh menggerakkan rantaian industrinya
jika kerjasama dijalin dengan syarikat yang digerakkan teknologi bagi menghasilkan lebih
banyak produk atau komponen yang mengikut pematuhan Syariah.
Dalam merealisasikan ini, Ketua Pegawai Eksekutif Halal Development Corporation Sdn. Bhd.,
Datuk Jamil Bidin berkata, Malaysia seharusnya menarik syarikat yang betul-betul kukuh untuk
terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi mewujudkan produk inovatif, bukan
sahaja dalam segmen makanan tetapi juga bukan makanan.
"Dalam bergerak ke hadapan, kita mesti inovatif dan kreatif untuk menembusi pasaran di masa
hadapan memandangkan permintaan pengguna kian meningkat.
"Kita boleh mendapat peluang untuk bekerjasama dengan institut penyelidikan di Amerika
Syarikat (AS) bagi mempertingkatkan lagi inovasi kita dan ini boleh menjadikan Malaysia, pakar
dengan daya saing khusus dalam industri halal," kata beliau di sini di luar acara misi pelaburan
dan perdagangan ke Amerika Syarikat yang diketuai oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian
Malaysia (MIDA).
Jamil berkata, syarikat multinasional yang terlibat dalam industri seperti farmaseutikal dan
kosmetik sentiasa meninjau produk baru bagi menampung permintaan di pasaran.
Beliau berkata, melalui kerjasama dengan syarikat-syarikat ini, ia membolehkan syarikat
Malaysia menembusi pasaran AS yang mempunyai kira-kira lapan juta penduduk Islam yang
tinggal di Amerika Utara.
Dalam menyasarkan potensi bagi industri halal di AS, Jamil membandingkan populasi Islam
dengan populasi Yahudi iaitu kira-kira 5.5 juta di Amerika Utara, yang menggunakan makanan
sembelihan Yahudi melebihi AS$7 bilion (RM23.8 bilion) setiap tahun.
"Saya amat gembira kerana menemui mereka yang tepat dalam misi ini. Mereka ialah dari
komuniti perniagaan inovasi dan mereka menghormati Malaysia dari segi pengetahuan halal. Itu
sebabnya mereka juga amat berminat bekerjasama dengan kita," kata beliau. - Bernama

4.48 juta pelancong Islam lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Seramai 4.48 juta pelancong Islam atau 22 peratus daripada keseluruhan pelancong
mengunjungi negara ini, sepanjang tempoh 10 bulan pertama tahun ini, kata Ketua Pengarah
Pelancongan, Datuk Mirza Mohammad Taiyab.
Beliau berkata, kedatangan pelancong Islam berkenaan mencerminkan peluang besar bagi
memperkenalkan pada dunia, produk dan perkhidmatan halal negara selain membuktikan negara bukan
saja dikenali menyediakan makanan dan minuman halal, malah keperluan serta kemudahan.
"Semua kemudahan itu membuatkan Malaysia menjadi satu destinasi percutian pilihan untuk pelancong
Islam terutama dari Timur Tengah," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Minggu
Pelancongan dan Halal Islam Antarabangsa di Pusat Konvensyen Sunway Piramid, di sini, semalam.
Beliau berkata, selain daripada pelancongan halal, negara juga menyediakan perkhidmatan pendidikan
dan kesihatan berlandaskan kepada kefahaman Islam.
"Saya difahamkan, rakyat Brunei memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah tahfiz dan
universiti Islam di sini. Malah, jumlah pelancong luar mendapatkan rawatan doktor Islam negara kita
juga semakin meningkat dari setahun ke setahun," katanya.
Beliau berkata, tidak mustahil suatu hari nanti Malaysia berperanan menjadi pusat pelancongan Islam
utama dunia.
Hadir sama pada majlis itu, Presiden Persatuan Perdagangan dan Pengusaha Melayu Malaysia
(Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir dan Ketua Eksekutif Persidangan Global Pelancongan Islam
Sdn Bhd, Datin Hasnah Abdul Rahman.
Minggu Pelancongan dan Halal Islam Antarabangsa selama dua hari itu juga menyediakan pameran
serta jualan pelbagai produk dan perkhidmatan halal tempatan.

Monday, December 14, 2009

Bak Kut Teh halal?????!!!

KUALA LUMPUR: Makanan kegemaran masyarakat Cina, bak kut teh, yang pertama kalinya disediakan dengan menggunakan resepi halal boleh dinikmati di karnival "Fabulous Food 1Malaysia" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 18 hingga 20 Disember ini.Pengarah projek dan perhubungan awam Expomal International yang menganjurkan karnival itu bersama-sama Pelancongan Malaysia, Eileen Chew, berkata ia akan disediakan oleh chef eksekutif Hotel JW Marriot di sini, Zaffar Abdul Samad untuk 300 pelanggan setiap hari."Seperti makanan tradisi masyarakat Melayu iaitu nasi lemak yang boleh dinikmati oleh semua rakyat Malaysia, kami juga mahukan makanan tradisi popular masyarakat Cina ini mampu dirasai oleh kaum lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Hidangan halal itu akan menggunakan ayam, makanan laut dan sayur-sayuran yang akan dimasak dengan 10 jenis herba seperti anjalika, bunga cengkih dan kulit oren. - Bernama

komen penulis..bak kut teh tdk akn dpt pnsijilan halal kerana dari segi nama akan meragukan penguna islam kelak..utk mengelakkan keraguan baik dinasihat nama ditukarkan..sekian..

Monday, October 19, 2009

Sijil halal ekspres dijaja RM5,000

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my


CYBERJAYA: Keghairahan pemilik restoran eksklusif dan kopitiam menjerat pelanggan bagi mengaut keuntungan lumayan mendorong mereka sanggup melabur sehingga RM5,000 bagi memperoleh sijil pengesahan halal ekspres yang dikeluarkan badan tidak diiktiraf pihak berkuasa berkaitan di negara ini.

Pengeluaran sijil ekspres yang boleh mengelirukan umat Islam itu didalangi warga tempatan yang menguasai empat badan yang kononnya memperoleh hak berkenaan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mengeluarkan sijil ekspres terbabit.

Empat organisasi misteri yang mempunyai ibu pejabat di Kuala Lumpur itu dikatakan turut melebarkan sayap di beberapa negeri bagi memudahkan mereka mengeluarkan sijil kepada ahli perniagaan yang berhasrat membuka restoran eksklusif.

Kegiatan pengeluaran sijil ekspres itu didedahkan Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Saimah Mokthar yang mengakui kebanyakan restoran dan kopitiam yang beroperasi di negara ini memiliki sijil halal tidak dikeluarkan Jakim, tetapi beberapa badan swasta yang tidak diiktiraf.

Beliau berkata, sikap pengusaha restoran dan kopitiam yang ingin mendapatkan sijil pengesahan halal dengan cepat menyebabkan mereka sanggup membayar ribuan ringgit berbanding kadar tidak melebihi RM1,000 ditawarkan Jakim.

“Kami sudah mengenal pasti empat badan swasta yang menjalankan kegiatan ini yang mengenakan bayaran cukup mahal bagi mendapatkan sijil halal.

“Kami mendapat maklumat ini hasil aduan pengusaha restoran dan kopitiam yang mendakwa terpaksa membayar sehingga RM5,000 selepas tidak berpuas hati apabila mengetahui Jakim mengenakan bayaran yang jauh lebih murah.

“Jakim hanya mengenakan bayaran RM100 bagi pengusaha industri kecil, RM400 bagi industri sederhana dan RM700 untuk syarikat multinasional mendapatkan sijil halal,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Saimah berkata, logo halal yang dikeluarkan juga berlainan dengan logo halal Malaysia yang dikeluarkan Jakim yang tertera bintang lapan bucu dengan perkataan halal dalam bahasa Arab di tengahnya, dua bintang kecil di kiri dan kanan, selain mempunyai perkataan Malaysia dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab.

Tanpa berselindung, beliau menegaskan, hanya logo berkenaan saja yang diiktiraf Jakim dan jaminan halal itu berdasarkan proses piawaian serta prosedur ditetapkan, selain melalui sistem pengauditan yang terperinci.

“Kami tidak mengiktiraf selain daripada logo halal Malaysia kerana tidak mengetahui prosedur dan piawaian yang digunakan badan berkenaan sebelum mengeluarkan sijil halal,” katanya.

Saimah berkata, pengguna yang meragui sijil halal di restoran atau kopitiam boleh membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPNDKK) kerana Jakim tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan pengusaha premis berkenaan.

Katanya, hanya KPDNKK yang boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1975 (APD 1975), bagaimanapun, Jakim akan memberikan kerjasama bagi melakukan siasatan.

“Jika pengguna dapat membuktikan jualan, produk atau makanan yang dijual tidak halal, pengusaha boleh dikenakan tindakan mengikut APD 1975 dan kompaun sehingga RM250,000 boleh dikenakan jika sabit kesalahan,” katanya.

Friday, September 11, 2009

Kilang guna logo halal diserbu

ANGGOTA penguat kuasa KPDNKK bersama minuman yang diletakkan logo halal palsu di sebuah kilang di Lendu, Alor Gajah semalam.

ANGGOTA penguat kuasa KPDNKK bersama minuman yang diletakkan logo halal palsu di sebuah kilang di Lendu, Alor Gajah semalam.
ALOR GAJAH - Tindakan nekad sebuah kilang memproses minuman ringan di Lendu di sini, yang tetap menggunakan logo halal walaupun permohonan mereka tidak mendapat kelulusan sejak enam bulan lalu akhirnya memakan diri.
Ia berikutan rahsia kilang tersebut terbongkar apabila Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membuat serbuan dalam satu operasi mengejut kelmarin dan merampas 875 botol minuman yang mempunyai logo halal yang tidak mendapat kelulusan.
Antara air minuman yang dihasilkan kilang tersebut ialah air soya, cincau, cincau kuning, kelapa, mata kucing, kiwi dan durian belanda.
Ketua Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Abd. Hafidz A. Rahim berkata, kilang yang beroperasi sejak dua tahun lalu itu pernah mengemukakan permohonan menggunakan logo halal JAIM tetapi tidak diluluskan.
"Walaupun tidak diluluskan, pengusaha ini tetap meletakkan logo halal pada minuman yang dihasilkan.
"Perbuatan ini dipercayai telah dilakukan sejak enam bulan lepas," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Thursday, July 23, 2009

penguguman..!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,Per : Pengumuman KhasSelaras dengan pengumuman oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Y.B senator Mejar Jeneral Dato’Jamil Khir bin Baharom (B) pada 9Julai 2009 berkenaan penyerahan semula peranan pensijilan Halal kepadaJAKIM, sebarang urusan berhubung permohonan, pembayaran danperkara-perkara yang berkaitan Pensijilan Halal akan diberhentikanbuat sementara waktu berkuatkuasa mulai 24 Julai 2009. Ini adalahuntuk memastikan proses penyerahan tugas daripada HDC kepada JAKIMdapat dilaksanakan dengan lebih lancar. Urusan Pensijilan akanberoperasi seperti biasa berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2009 di bawahpentadbiran pihak JAKIM. Segala kesulitan adalah amat dikesali.Untuk sebarang maklumat lanjut, sila email kepadarefcenter@hdcglobal.com atau telefon 1-800-880-555.English Version :In line with the recent announcement made by Minister in the PrimeMinister’s Department Y.B. Senator Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khirbin Baharom(R) on 9th July 2009 with respect to the transfer of Halalcertification responsibility from HDC to JAKIM, please be informedthat any related activities including but not limited to application,payment and any other matters related to Halal certification will besuspended with effect from 24 July 2009. This is to facilitate thehandover process from HDC to JAKIM. Certification operations willresume as usual with effect from 1 August 2009 under JAKIM’sadministration. Any inconvenience caused is highly regretted.For further information kindly email refcenter@hdcglobal.com or call1-800-880-555.Bagi pihak Halal Industry Development Corporation,MITI NURBAYA ZAINUDIN,Naib Presiden, Perkhidmatan Korporat