Wednesday, January 13, 2010

HANYA HALAL - Sijil Halal Tak Diiktiraf Jakim

Ramai lagi dikalangan kita masih keliru dengan logo halal dan sijil halal yang sah serta diiktiraf oleh JAKIM. Oleh itu dalam eposid kali ini HANYA HALAL akan mengupas dan menjelaskan kekeliruan tersebut supaya masyarakat tidak terpedaya dan teraniaya.
Saksikan HANYA HALAL setiap khamis di TV1
Panel :
Penerbit :Norhafizah Zainauddin
Masa Terbitan :18.30 hingga 19.00

Thursday, January 7, 2010

Sijil halal’ ayam cucuk

Sijil halal’ ayam cucuk
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin am@hmetro.com.my

GEORGETOWN: Pengusaha sebuah kafe di Jalan Penang di sini dikesan menggunakan sijil halal tanpa pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selain menyajikan minuman keras dan ayam tidak disembelih mengikut hukum syarak ditetapkan.
Lebih mengejutkan, kafe baru dibuka kira-kira sebulan lalu terletak di kawasan popular bagi pelancong asing, juga sering dikunjungi pelanggan beragama Islam yang tertipu dengan muslihat pengusaha tidak bertanggungjawab terbabit. Dalam serbuan kira-kira jam 11 pagi Khamis lalu, pengusaha kafe itu yang berusia 36 tahun cuba memberi pelbagai alasan apabila disoal siasat dengan mengatakan tidak tahu tindakan yang dilakukan itu salah. Serbuan dijalankan pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), hasil pemantauan dilakukan sejak kafe berkenaan dibuka sebulan lalu. Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JHEAIPP, Faizal Ibrahim, berkata ketika pemeriksaan, pihaknya mendapati kafe berkenaan menyediakan minuman keras kepada pelanggan selain menyediakan menu mempunyai logo halal. Beliau berkata, pengusaha didapati menyalahgunakan sijil halal diperoleh daripada sebuah pusat penyelidikan makanan Islam Malaysia dan Asia (IFRC) beribu pejabat di Petaling Jaya, Selangor.
Katanya, berdasarkan pemeriksaan kafe berkenaan mempunyai sijil halal sah tempoh sehingga 26 Oktober 2011, namun ia tidak mendapat pengiktirafan Jakim atau mana-mana jabatan agama Islam di negara ini. “Pemeriksaan di dapur pula mendapati ayam dibekalkan kepada kafe berkenaan ayam cucuk yang teknik penyembelihan amat mencurigakan berikutan leher ayam dilihat mempunyai kesan cucuk. “Siasatan mendapati ayam berkenaan tidak disembelih mengikut hukum syarak mengikut Mazhab Syafie kerana tiga urat penting di leher ayam yang disembelih perlu putus, iaitu urat pernafasan serta urat makan dan minum,” katanya. Faizal berkata, dalam pemeriksaan itu, 22 ayam disimpan dalam peti ais, sijil halal dari IFRC, tiga logo halal, sembilan botol minuman keras dan menu minuman keras dirampas dan pengusaha kafe itu ditahan. Beliau berkata, pengusaha kafe dibebaskan selepas diambil keterangan dan siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti syarikat pembekal ayam kepada kafe berkenaan. Katanya, semua barangan dirampas diserahkan kepada KPDNKK untuk tindakan lanjut dan pihaknya memandang serius mengenai isu halal ini.

Jadikan kilang ini cth tuk Mee Halal Bumi

Sirim iktiraf Laksamana sebagai pengeluar mi terbersih
Oleh MN NORZASRUDINnorzasrudin@kosmo.com.my


PEKERJA Laksamana Usaha Noodles Products melakukan kerja-kerja pembungkusan mi di di Taman Bukit Maluri, Kepong semalam.


KUALA LUMPUR - Syarikat pembuatan mi dan kuey teow sering dikaitkan dengan persekitaran kilang yang kotor. Bagaimanapun, Laksamana Usaha Noodle Products Sdn. Bhd. sanggup melabur lebih RM3 juta bagi menyediakan kemudahan pengeluaran yang bersih.
Pengurus Operasi dan Pembuatan Laksamana, Yong Pin Chong berkata, syarikatnya memiliki tujuh mesin bernilai RM400,000 setiap satu.
Ia adalah untuk mengekalkan statusnya sebagai pengeluar terbesar produk mi dan kuey teow di negara ini.
"Selain memiliki mesin membuat mi dan kuey teow yang berteknologi tinggi, kami juga memberi latihan kepada pekerja dan memiliki makmal penyelidikan sendiri.
"Saya yakin dengan pemilihan ini produk kami mampu menguasai pasaran mi dan kuey teow di negara ini," katanya.
Menurut Pin Chong, mi dan kuey teow keluaran syarikat itu boleh didapati di pasar-pasar borong, pasar raya dan hipermarket di seluruh negara.

Komen penulis...how about halal??mana pengiktirafan Halal anchor yang diwarwarkn.. JAKIM dan HDC patut mjadikn SIRIM sebagai contoh tuk mengiktiraf kilang yang betul2 halal..jadikan contoh tuk semua..buat pameran sebagaimana yang di buat oleh HIGH 5..fikirkanlah..

Wednesday, December 23, 2009

1 Malaysia 1 Halal Exhibition

Campaign Background
The 1 Malaysia 1 Halal campaign also known as 1M1H is JAKIM's latest initiative at increasing the awareness of the general consumers that only halal certification and Malaysia halal logo issued by JAKIM and/or State Islamic Religious Council (MAIN) is being recognized by the government of Malaysia. The said campaign is expected to be launched on Prophet Muhammad’s Birthday (Maulidur Rasul) in 2010 by HRH Yang di-Pertuan Agong in Masjid Negara, Kuala Lumpur. This initial campaign will be followed by a series of road shows in each States of Malaysia and is expected to be held in selected shopping malls.VenueMasjid Negara, Kuala Lumpur Date25th to 28th February 2010 Time10:00 a.m. to 10:00 p.m.

Campaign Objectives
To strengthen the public’s awareness on the Malaysian halal logo.
To develop the platform by which the Bumiputera entrepreneurs will be able to promote and sell their halal products and services to the people.
To develop the platform by which the entrepreneurs will be able to explore business opportunities by opening up marketing opportunities.
To provide advise via the Halal clinic – explanation and problem solving on matters related to Halal.

Activities
Exhibition and sales of halal products/services by the entrepreneurs
Blood donation campaign as well as free medical check-up by the Ministry of Health
Launch of Halal awards
Forum Perdana Ehwal Islam
Halalan Toyyiban seminar
Halalan Toyyiban cooking demonstration and tips
Islamic fashion show
Nasyid performance
Cooking contest
Drawing/colouring contest

Tuesday, December 22, 2009

Malaysia mesti bekerjasama dengan syarikat teknologi

SAN FRANCISCO 11 Dis. - Industri halal Malaysia boleh menggerakkan rantaian industrinya
jika kerjasama dijalin dengan syarikat yang digerakkan teknologi bagi menghasilkan lebih
banyak produk atau komponen yang mengikut pematuhan Syariah.
Dalam merealisasikan ini, Ketua Pegawai Eksekutif Halal Development Corporation Sdn. Bhd.,
Datuk Jamil Bidin berkata, Malaysia seharusnya menarik syarikat yang betul-betul kukuh untuk
terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi mewujudkan produk inovatif, bukan
sahaja dalam segmen makanan tetapi juga bukan makanan.
"Dalam bergerak ke hadapan, kita mesti inovatif dan kreatif untuk menembusi pasaran di masa
hadapan memandangkan permintaan pengguna kian meningkat.
"Kita boleh mendapat peluang untuk bekerjasama dengan institut penyelidikan di Amerika
Syarikat (AS) bagi mempertingkatkan lagi inovasi kita dan ini boleh menjadikan Malaysia, pakar
dengan daya saing khusus dalam industri halal," kata beliau di sini di luar acara misi pelaburan
dan perdagangan ke Amerika Syarikat yang diketuai oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian
Malaysia (MIDA).
Jamil berkata, syarikat multinasional yang terlibat dalam industri seperti farmaseutikal dan
kosmetik sentiasa meninjau produk baru bagi menampung permintaan di pasaran.
Beliau berkata, melalui kerjasama dengan syarikat-syarikat ini, ia membolehkan syarikat
Malaysia menembusi pasaran AS yang mempunyai kira-kira lapan juta penduduk Islam yang
tinggal di Amerika Utara.
Dalam menyasarkan potensi bagi industri halal di AS, Jamil membandingkan populasi Islam
dengan populasi Yahudi iaitu kira-kira 5.5 juta di Amerika Utara, yang menggunakan makanan
sembelihan Yahudi melebihi AS$7 bilion (RM23.8 bilion) setiap tahun.
"Saya amat gembira kerana menemui mereka yang tepat dalam misi ini. Mereka ialah dari
komuniti perniagaan inovasi dan mereka menghormati Malaysia dari segi pengetahuan halal. Itu
sebabnya mereka juga amat berminat bekerjasama dengan kita," kata beliau. - Bernama

4.48 juta pelancong Islam lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Seramai 4.48 juta pelancong Islam atau 22 peratus daripada keseluruhan pelancong
mengunjungi negara ini, sepanjang tempoh 10 bulan pertama tahun ini, kata Ketua Pengarah
Pelancongan, Datuk Mirza Mohammad Taiyab.
Beliau berkata, kedatangan pelancong Islam berkenaan mencerminkan peluang besar bagi
memperkenalkan pada dunia, produk dan perkhidmatan halal negara selain membuktikan negara bukan
saja dikenali menyediakan makanan dan minuman halal, malah keperluan serta kemudahan.
"Semua kemudahan itu membuatkan Malaysia menjadi satu destinasi percutian pilihan untuk pelancong
Islam terutama dari Timur Tengah," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Minggu
Pelancongan dan Halal Islam Antarabangsa di Pusat Konvensyen Sunway Piramid, di sini, semalam.
Beliau berkata, selain daripada pelancongan halal, negara juga menyediakan perkhidmatan pendidikan
dan kesihatan berlandaskan kepada kefahaman Islam.
"Saya difahamkan, rakyat Brunei memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah tahfiz dan
universiti Islam di sini. Malah, jumlah pelancong luar mendapatkan rawatan doktor Islam negara kita
juga semakin meningkat dari setahun ke setahun," katanya.
Beliau berkata, tidak mustahil suatu hari nanti Malaysia berperanan menjadi pusat pelancongan Islam
utama dunia.
Hadir sama pada majlis itu, Presiden Persatuan Perdagangan dan Pengusaha Melayu Malaysia
(Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir dan Ketua Eksekutif Persidangan Global Pelancongan Islam
Sdn Bhd, Datin Hasnah Abdul Rahman.
Minggu Pelancongan dan Halal Islam Antarabangsa selama dua hari itu juga menyediakan pameran
serta jualan pelbagai produk dan perkhidmatan halal tempatan.

Monday, December 14, 2009

Bak Kut Teh halal?????!!!

KUALA LUMPUR: Makanan kegemaran masyarakat Cina, bak kut teh, yang pertama kalinya disediakan dengan menggunakan resepi halal boleh dinikmati di karnival "Fabulous Food 1Malaysia" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 18 hingga 20 Disember ini.Pengarah projek dan perhubungan awam Expomal International yang menganjurkan karnival itu bersama-sama Pelancongan Malaysia, Eileen Chew, berkata ia akan disediakan oleh chef eksekutif Hotel JW Marriot di sini, Zaffar Abdul Samad untuk 300 pelanggan setiap hari."Seperti makanan tradisi masyarakat Melayu iaitu nasi lemak yang boleh dinikmati oleh semua rakyat Malaysia, kami juga mahukan makanan tradisi popular masyarakat Cina ini mampu dirasai oleh kaum lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Hidangan halal itu akan menggunakan ayam, makanan laut dan sayur-sayuran yang akan dimasak dengan 10 jenis herba seperti anjalika, bunga cengkih dan kulit oren. - Bernama

komen penulis..bak kut teh tdk akn dpt pnsijilan halal kerana dari segi nama akan meragukan penguna islam kelak..utk mengelakkan keraguan baik dinasihat nama ditukarkan..sekian..