Sunday, April 5, 2009

Penemuan Di Dalam Al-Quran (minuman)


Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 219
Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: Dermakanlah apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir
Al-Quran > Surah An-Nisaa'> Ayat 43
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu), yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
Al-Quran > Surah Al-Maaidah> Ayat 90
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
Al-Quran > Surah Al-Maaidah> Ayat 91
Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
Al-Quran > Surah Al-Nahl> Ayat 67
Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang halal; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu menggunakan akalnya.

Penglibatan Dalam Pekerjaan Yang Syubhah

soalan
Saya bekerja dengan satu syarikat broker insurans. Tugas saya adalah memastikan bahawa pelanggan-pelanggan saya mendapatkan perlindungan insurans yang lengkap supaya jika ada bencana menimpa mereka, mereka boleh mendapatkan pampasan melalui polisi insurans yg mereka beli.
Bagaimanakah kedudukan saya di dalam hukum Islam?
Adakah saya hanya dibolehkan berurusan dengan Syarikat Takaful sahaja?
Ada pendapat yg mengatakan harus saya terus bekerja supaya lama kelamaan orang Islam akan bertambah maju dan mula mencari cara untuk kita mengislamkan sistem insurans seperti yang dilakukan oleh Takaful dan juga bank-bank yang sekarang mula mengamalkan Sistem Pembankan Tanpa Faedah. Saya pernah untuk meninggalkan pekerjaan ini dan memohon pekerjaan di Bank Islam kerana hanya karier pembankan yang sesuai dengan kelulusan saya. Apa pendapat Panel Ustaz?

Jawapan: Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan juga Muslim jelas melarang seseorang itu menjerumuskan dirinya ke dalam perkara yang syubhah. Ini bermakna penglibatan diri seseorang ke dalam perkara yang jelas haramnya seperti penglibatan dalam syarikat Insuran yang tidak berorientasikan Islam lebih hebat dan keras haramnya di sisi syarak, kerana bertentangan dengan nas yang melarang memakan riba.
Dalam sebuah hadis riwayat At-Tirmidhi menjelaskan Allah SWT melaknat orang yang memakan riba, orang yang memberi riba, dua orang saksinya dan juga keraninya. Jika seseorang itu mampu berpindah ke syarikat lain yang lebih islamik, itu adalah lebih baik, kerana tindakan ini bersesuaian dengan kaedah feqah yang berbunyi: "Tinggalkanlah perkara yang meragukan anda kepada perkara yang tidak meragukan anda". Menurut Al-Qardawi dalam fatwanya untuk merubah sistem bank dan insuran yang diamalkan hari ini sekaligus tidak mungkin dan permasalahan riba tidak akan selesai.
Sebaliknya ia hendaklah dilakukan secara beransur-ansur. Jika seseorang itu mengambil tindakan berhenti terus sudah pasti orang-orang yang bukan Islam akan mengambil alih, menyebabkan sistem riba masih terus beroperasi. Kerana itu menurut beliau orang-orang Islam yang berkerja di sini hendaklah terus berkerja tetapi jangan meredhai pekerjaannya itu dan ia bekerja itu atas dasar mencari kemahiran. Sesudah memiliki kemahiran ia hendaklah berusaha berpindah ke syarikat yang berteraskan Islam dan menggunakan kepakarannya itu untuk memajukan syarikat Insuran Islam. Wallah A'lam.

Apakah hukumnya seseorang Islam bermain benda bertali seperti gitar?


261. Dilema Jodoh Setelah IstikharahSoalan: Saya mempunyai kenalan dan pada saya kenalan ini amat sesuai daripada ciri-ciri yang 4 sebagaimana yang telah kita ketahui. Saya telah melakukan sembahyang istikharah selama 7 hari berturut-turut dan Alhamdulillah saya telah di berikan petunjuk. Persoalannya kami telah bersemuka dan menyatakan luahan hati masing-masing dan saya dapati beliau telah mempunyai pilihan hati sendiri. Selepas itu saya telah bertemu dengan seorang insan yang juga memenuhi ciri-ciri tersebut. Hubungan kami setakat ini. Alhamdulillah walaupun belum membicarakan soal berumah tangga, dilema yang melanda pada masa ini ialah saya teringat tentang petunjuk yang lalu. Bagaimana Ustaz?
Zahariah, BangiJawapan: Dalam kes ini adalah suka disarankan kepada yang terlibat supaya jangan berputus asa. Tidak semestinya kita gagal buat kali pertama bererti kita juga akan turut gagal buat kali kedua. Jodoh pertemuan itu di tangan Allah. Saudari hendaklah mengadakan solat hajat memohon supaya Allah SWT mengurniakan suami yang salih kepada saudari. Setelah mengadakan solat hajat beberapa kali, bolehlah saudari menyatakan perasan saudari itu kepada jejaka idaman saudari itu tadi.
Jika jawapannya negatif saudari hendaklah reda dengan kehendak Allah dan jangan sekali-kali berputus asa. Jika jawapannya positif hendaklah bersyukur kepada Allah. namun untuk berputus asa jangan sekali. Dalam Al-Quran orang yang berputus asa hanya ditujukan kepada orang yang zalim dan kafir sahaja. Jangan saudari letakkan diri saudari di status ini. bagaimanapun saudari diingatkan supaya beriltizam denagan adab-adab Islam ketika pertemuan diadakan dengan membawa mahram bersama saudari jika tidak yang ketiganya adalah syaitan. Sila rujuk buku-buku berikut:1. Bunga Idaman Mutiara Syurga 'Wanita Solehah' DN 1482. Muslimah Sejati DN 027
^ Kembali ke atas ^

262. Bohong Secara TerpaksaSoalan: Apakah hukumnya sekiranya kita berbohong secara terpaksa (tiada pilihan lain)?
Izzat, DungunJawapan: Hukum asal bagi berbohong adalah haram kerana ia mengandungi bahaya yang akan menimpa ke atas orang yang dusta itu ataupun ke atas orang lain. Dalam Al-Quran menjelaskan Allah SWT menyediakan balasan neraka kepada orang-orang yang berdusta.Tetapi kadang-kadang berbohong mendatangkan maslahah. Di kala itu berbohong diharuskan.
Begitu juga berbohong kadang-kadang boleh menjadi wajib seperti jika seseorang bercakap benar akan mendatangkan bahaya kepada nyawa orang yang tidak berdosa akibat perbuatan orang yang zalim yang mahu membunuhnya. Berbohong juga menjadi harus untuk menghalang dari tercetusnya peperangan atau untuk mendamaikan dua orang yang bersengketa atau untuk melunakkan hati orang yang teraniaya atau untuk mengeratkan hubungan antara suami isteri yang bersengketa.
Dalam situasi ini diharuskan berbohong, tetapi hendaklah mengikut sekadar yang perlu sahaja dan tidak melampaui batas atau berlebihan. Ada banyak hadis yang membuktikan bolehnya berdusta kerana maslahah-maslahah yang dinyatakan di atas. Thawban pernah berkata: Berdusta itu semuanya haram kecuali yang mendatangkan manfaat bagi seseorang muslim atau boleh menolak sesuatu mudarat daripadanya. Begitulah yang dijelaskan di dalam kitab Maw'izah Al-Mukminin oleh Imam Al-Ghazali. 263. Hukum Bermain Alat Muzik Bertali Soalan: Apakah hukumnya seseorang Islam bermain benda bertali seperti gitar?
Tamimi, Batu CavesJawapan: Bermain alat muzik bertali seperti gitar dan lain-lain adalah haram. Ini merupakan pendapat yang telah disepakati oleh madhhab empat. Sesiapa yang berterusan bermain dengan alat-alat muzik tersebut, dianggap fasik dan tidak boleh diterima penyaksiannya di Mahkamah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Al-Bukhari menjelaskan akan timbul satu golongan dari umat Muhammad yang akan menghalalkan arak, khinzir, sutera dan alat-alat muzik.
Dalam Surah Luqman ayat 6 Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan di antara manusia ada yang suka menggunakan hartanya untuk membeli "LAHWA AL-HADIS" untuk menyesatkan orang ramai dari agama Allah". Lahwa Al-Hadis yang disebutkan di dalam ayat ini ialah alat-alat muzik dan hiburan yang melalaikan. Inilah yang dinyatakan oleh Mujahid, Hassan, dan Ibn Umar. Alat muzik yang bertali seperti gitar dan lain-lain samada fesyen lama mahupun yang baru adalah haram bermain dengannya dalam apa jua keadaannya.
1. Samada alat muzik itu mengeluarkan alunan yang rancak atau berirama perlahan. 2. Samada dari barat atau timur. 3. Samada pendengarnya lelaki mahupun perempuan. 4. Samada di majlis keramaian seperti perkahwinan, hari raya, waktu perang dan lain-lain. 5. Samada disertai dengan lagu atau tidak. 6. Samada mendengar secara langung atau melalui pita rakaman.
Selain itu haram berjual beli alat muzik dan mengadakan kilang-kilang bagi memprosesnya, meminjam, mempelajari dan mengambil upah dari mengajar bermain muzik, membuka sekolah muzik dan membuat buku-buku panduan bermain muzik. Kerana kesemuanya adalah jalan kearah penggunaan muzik.

'Wahai Wanita, Sayangilah Rahim Mu.'

Mengenal Penyakit Fibroid
Pendahuluan.
Fibroid adalah sejenis ketumbuhan di dalam rahim wanita. Perlu diigatkan bahawa walaupun ianya juga disebut sebagai fibroid tumour, 99% darinya adalah tidak merbahaya dan tidak merebak (tidak seperti cancer). Dengan kata-kata lain ianya adalah benign tumour.(sila rujuk istilah tumour). Nama lain bagi fibroid adalah leiomyoma.
Punca penyakit.Fibroid kerap terjadi kepada wanita iaitu hampir 20% wanita mempunyainya. Kekerapannya bertambah dengan pertambahan umur. Tetapi kebanyakkannya adalah kecil dan tidak mendatangkan apa-apa tanda.
Otot yang membentuk rahim adalah dari jenis yang dipanggil “smooth muscle”. Fibroid berasal dari ketumbuhan yang terjadi pada otot tersebut. Kedudukannya adalah samaada:-
1) Didalam dinding rahim sendiri (intramural) - tidak memberi apa-apa kesan.kecuali jika saisnya amat besar.
2) Melekat dan bergantung pada luar rahim (subserous/subperit oneal) - Boleh menyebabkan kesakitan dan boleh menekan pundi kencing (menyebabkan kerap membuang air kencing ataupun tidak boleh membuang air kencing bergantung kepada kedudukannya) dan mendatangkan sakit pinggang. Jikalau amat besar boleh menghalang pembesaran bayi ketika hamil.
3) Melekat dan bergantung kearah dalam dinding rahim (submucous) - Hanya 5% adalah jenis ini. Ia biasanya membawa masalah iaitu pendarahan yang banyak (darah istihadah), kerap dan menyebabkan keguguran. Jenis inilah yang biasanya dikenali kerana masalah yang disebabkan olehnya.
Pembesaran fibroid bergantung kepada sejenis hormon wanita yang dipanggil oestrogen. Hormon ini bertambah ketika mengandung dan juga terdapat dalam kebanyakan pil perancang keluarga. Kerana itulah fibroid membesar ketika mengandung dan ketika memakan pil ini. Makanan yang mengandungi cholestrol tinggi boleh meninggikan kandungan hormon ini.
Kadang-kadang fibroid boleh mereput secara tiba-tiba (red degeneration) , terutama sekali ketika mengandung dan menyebabkan pendarahan yang banyak, kesakitan dan demam. Sekali-sekala ia boleh mengeras (calcify) iaitu bahan galian didalam badan memasukinya dan menjadikannya keras seperti batu. Setelah putus haid, pengeluaran hormon oestrogen terhenti jadi fibroid boleh mengecil dan tidak lagi memberi masalah kepada pesakit.
Rawatan.
Dukacita dimaklumkan pilihan rawatan tidak banyak dan tidak begitu menyenangkan hati. Jikalau ia benar-benar mendatangkan masalah dan pesakit sudah mempunyai ramai anak, pembedahan pembuangan rahim boleh dilakukan. Bagi wanita muda yang menggunakan pil perancang oestrogen, ianya akan ditukar kepada jenis lain.
Selain dari itu, keadaan seperti “putus haid” boleh dibuat menggunakan sejenis ubat yang dinamakan LHRH analogues untuk mengecutkan fibroid. Masalahnya ia mempunyai kesan sampingan (menyebabkan osteoporosis) dan kesan lain, jadi nasihat pakar amat diperlukan. Masalah lain ialah fibroid boleh tumbuh semula apabila ubat ini dihentikan.
Fibroid boleh dibuang dengan pembedahan (bergantung kepada kedudukannya) tetapi jika berlaku pendarahan yang tidak terkawal ketika pembedahan, doktor terpaksa membuang terus kesemua rahim pesakit. Satu ketika dahulu teknik pencucian rahim (dilatation and currettage, D&C) digunakan sebagai rawatan, tetapi oleh kerana kajian menunjukkannya tidak berkesan jadi kebanyakan pusat rawatan moden tidak lagi melakukannya.
Ramalan
Setelah putus haid, pengeluaran hormon oestrogen terhenti jadi fibroid boleh mengecil dan tidak memberi masalah kepada pesakit.

Wednesday, April 1, 2009

Mengapa Berat Menunaikan Solat??

Semua umat Islam rasanya sudah maklum apakah dia seksa Neraka itu. Api yang membakar sampai ke hati. Minumannya ialah leburan logam yang menggelegak yang tidak terhingga panasnya. Makanannya ialah buah yang berduri. Seksa Neraka tersangatlah pedih. Ia adalah sehina-hina tempat untuk kembali.
Rata-rata juga umat Islam tahu bahawa sembahyang itu tiang agama. Siapa yang mendirikan sembahyang, dia sebenarnya telah mendirikan agama. Siapa yang meruntuhkan sembahyang, dia telah meruntuhkan agama. Mereka juga tahu, yang membezakan di antara orang kafir dan orang Islam itu ialah sembahyang. Barang siapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, nyata dia telah kufur.
Sembahyang adalah amalan pertama yang dihisab di akhirat. Kalau sembahyang tidak selesai, segala amalan yang lain tertolak.
Namun masih ramai umat Islam yang tidak menunaikan sembahyang lima waktu. Masih ramai yang cuai menunaikan sembahyang. Yang cuai menunaikan sembahyang itu bukan sahaja orang muda tetapi juga orang tua. Bukan sahaja orang miskin tetapi juga orang kaya. Bukan sahaja di kalangan orang-orang bawahan tetapi juga orang-orang atasan. Bukan hanya dari kalangan orang-orang tidak berpelajaran tetapi juga yang berpelajaran tinggi. Bukan sahaja dari kaum pekerja atau buruh tetapi juga dari para eksekutif dan pengurusan. Bukan sahaja di kalangan rakyat tetapi juga pemimpin. Bukan sahaja lelaki, tetapi ramai juga perempuan yang cuai bersembahyang.
Menjadi kafir kerana tidak bersembahyang tidak dirasakan sebagai suatu ancaman. Meruntuhkan agama kerana cuai sembahyang juga tidak dirasakan besar. Malahan, ancaman seksa Neraka yang begitu perit, hebat dan dahsyat pun umat Islam tidak rasa gerun dan takut. Apakah puncanya umat Islam jadi begini?
Kalau ditanya pendapat orang, maka akan timbullah berbagai-bagai sebab dan alasan. Lemah imanlah. Kurang ilmu agamalah. Tidak ada asas agamalah. Kurang didikan agamalah. Kerana pengaruh liar seperti rock, black metal, dadah dan sebagainya. Kerana ibu ayah sibuk mengejar dunia dan tidak mengambil berat serta tidak ada masa untuk anak-anak. Kerana tidak ada kasih-sayang dari ibu bapa dan keluarga. Kerana sibuk dengan urusan, kerja, tugas, perniagaan dan bermacam-macam lagi alasan.
Mungkin alasan-alasan ini boleh diterima tetapi ia lebih merupakan alasan-alasan sampingan. Ada sebab dan alasan yang lebih pokok dari itu iaitu rata-rata umat Islam sudah tidak kenal Tuhan. Umat Islam berat menunaikan sembahyang kerana mereka tidak kenal Tuhan. Apabila Tuhan tidak dikenali, maka umat Islam tidak cinta dan tidak takut dengan Tuhan. Apabila cinta dan takut tidak ada, maka tidak wujud hubungan hati dengan Tuhan.
Hati yang tidak terhubung dengan Tuhan tidak ada apa-apa rasa. Tidak ada keinsafan. Tidak ada kesedaran. Tidak ada rasa bahawa Tuhan itu diperlukan. Bahawa Tuhan itu Maha Hebat dan Maha Agung. Tidak ada rasa bahawa kita manusia begitu kerdil dan lemah di sisi Tuhan. Walhal hati itu adalah wakil Tuhan pada diri kita, tempat kita berzikir dan berhubung rasa dengan Tuhan. Dalam erti kata yang lain, kalau hati tidak terhubung dengan Tuhan, kita tidak akan khusyuk dengan Tuhan.
Itulah sebabnya konsep pendidikan Islam bermula dari apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: Maksudnya: ” Awal-awal agama mengenal Allah. ”
Setelah Allah dikenali, dicintai dan ditakuti, maka kita akan suka mengamalkan syariat. Kita akan suka bersembahyang. Kita akan suka membuat perkara yang Tuhan suka. Kita akan suka menggembirakan Tuhan. Kita akan khusyuk dengan Tuhan. Akan timbullah keinginan untuk menyembah dan membesarkan- Nya dan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Barulah datang keinginan untuk bersembahyang kerana sembahyang itu ialah upacara untuk membesar dan mengagungkan Tuhan. Kalau Tuhan tidak dirasakan besar dan agung maka kita tidak akan terdorong untuk bersembahyang. Sembahyang tidak akan ada apa-apa makna.
Yang menjadi masalah, umat Islam sudah tidak dididik mengikut konsep pendidikan Islam ini lagi. Mereka tidak di-kenalkan kepada Tuhan terlebih dahulu. Mereka dikenalkan kepada dunia dan apabila sudah tua atau dewasa, barulah hendak berusaha untuk mengenal Tuhan. Itu pun hanya bagi orang yang sedar dan yang mendapat hidayah.
Kalau setiap anak dididik dari kecil untuk mengenal Tuhan, maka semua akan jadi mudah. Dari kecil lagi anak-anak sudah kenal, cinta dan takut dengan Tuhan. Dari kecil lagi mereka sudah merasa khusyuk dengan Tuhan. Orang yang khusyuk dengan Tuhan akan mudah bersembahyang. Tuhan ada berfirman:
Maksudnya: “Jadikanlah sabar dan solat itu sebagai penolongmu. Sesungguhnya solat itu berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. ” (Al-Baqarah: Ayat 45)
Kalau sudah tua dan dewasa baru hendak mengenal Tuhan, ia seperti anak angkat yang sudah tua mahu diperkenalkan oleh ibu angkatnya kepada ibu kandungnya sendiri. Memang dia akan menerima hakikat bahawa ibu kandungnya itu memang benar ibu kandungnya. Lebih-lebih lagi kalau disahkan dan diakui pula oleh ibu angkatnya. Tetapi untuk hidup dengan ibu kandungnya atau untuk berpindah dari rumah ibu angkat untuk tinggal bersama-sama ibu kandungnya, itu amat rumit sekali. Dia tidak akan mahu. Cintanya telah tertumpah kepada ibu angkatnya kerana ibu angkatnyalah yang telah banyak mencurahkan kasih sayang padanya. Begitu jugalah orang yang telah meninggalkan Tuhannya untuk bermewah di dunia. Dunia seperti ibu angkat-nya. Memang sukar untuk kembali kepada Tuhan yang mencipta-nya.

Monday, March 30, 2009

tempat pemprosesan ayam..(HALALKAH??)



Anda Sayang Mak Abah Anda?

Betul ke kite sayang mak dan abah?
Apa maksud sayang kite pada emak dan abah kite tu?
KITE MEMANG TAK SAYANG EMAK DAN ABAH !!!
Di mulut kite kata sayang… di hati kite kata sayang… tapi perbuatan kite telah membuktikan kite TAK SAYANG MAK DAN AYAH KITE !!!
Mak dan abah pesan dan suruh macam-macam. .. Oi! Tak kisah la apa yang depa suruh. Selagi tak melanggar syariat ISLAM, ikut je la… taati je la…
Ini tidak! Kita melawan dan terus melawan… Mungkin bila dihadapan emak dan abah kite senyum tanda hormat… tapi bila balik ke rumah, kite dengan bangga mengumpat pasal emak dan abah….
Padahal kite tak sedar sebelum kite nak membesar seperti sekarang ni, najis kite emak sendiri yang cuci. duit belanja sekolah kite, abah yang berikan hasil keringat dia. Tapi kite dengan ego… Ahhh…. tu dulu !!!!
Masa terus berlalu… berlalu laju tanpa hiraukan tentang perihal kehidupan anak derhaka seperti kite… Alhamdulillah emak dan abah kite masih hidup. Hahaha… sementara mereka hidup ni kite MALU nak cium pipi mereka depan orang lain…
Kite MALU nak cium dahi depa depan orang lain juga… Kite MALU nak cium tangan depa depan orang juga… tapi kite cuma TAK MALU untuk hanya salam sahaja tangan mereka depan orang lain…
Ya Allah…. Betul ke kite sayang mak dan abah?
Dulu… emak abah dengan TAK MALU cium dahi, pipi dan ubun-ubun kite depan orang lain… Arghh… tu dulu…. Sekali lagi
KITE MEMANG TAK SAYANG EMAK DAN ABAH !!!