Thursday, March 25, 2010

86 KFC Britain halal

BURTON-ON-TRENT - Seorang pelanggan restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) di Britain berang selepas dia gagal mendapatkan hidangan kegemarannya kerana premis berkenaan kini cuma menyediakan makanan halal, lapor sebuah akhbar semalam.
"Saya tidak percaya apa yang saya dengar. Pekerja restoran itu memberitahu daging halal tidak boleh disediakan di tempat yang sama dengan daging babi.
"Justeru, saya tidak mendapat daging babi saya," kata pelanggan itu, Alan Phillips.
"Ia seperti menyatakan saya tidak boleh membeli daging babi kerana ia mungkin menyinggung perasaan orang lain," tambahnya.
Lelaki itu kemudian diberitahu bahawa dia perlu pergi ke cawangan KFC lain yang terletak lapan kilometer dari restoran tersebut jika mahu membeli Big Daddy iaitu burger ayam bercampur daging babi, keju dan salad.
Ia berikutan restoran KFC itu di sini, daerah Staffordshire, England adalah antara 86 daripada 750 restoran KFC yang menjual daging dan hidangan halal di Britain.
Pihak pengurusan KFC memperkenalkan konsep halal itu secara percubaan di kawasan-kawasan yang ramai penduduk Islam.
Jurucakap KFC, Nina Arnot berkata, konsep halal itu dijangka dilaksanakan selama beberapa bulan bagi melihat sambutan pelanggan.
-- Agensi

Komen penulis..alhamdulillah..maka smua umat islam x perlu riso lg untuk mencari makanan halal diluar negara.

2 comments:

Sofinee Harun said...

Salam,

saya dapat link ni dari blog our halal elyas harun. saya adalah kakak elyas harun yg berada di U nearly 11 years now. Utk makluman, KFC halal adalah tidak di iktiraf majoriti ulamak di UK. Sembelihan ayam KFC halal in adalah menggunakan mechanical knife di mana saya telah bercakap dgn Elyas dan beliau mengesahkan Pihak jakim sendiri tidak menghallakan mechacnical knife. Halal KFC ini tidak dijamah oleh umat islam di Uk yg mementingkan Halal adalah benar2 halal.

Sekiranya penu tidak berada di negara tersebut, di minta tidak mungulad atau menyebarkan tentang halla haram di negara2 lain selain dari tempat permastautin penulis, unless benar 2 mendapat kesahihan dari orang tempatan si datu2 negara tersebut. Kerana sebaran halal yg di ragui adalah merbahaya. Dan juga sila jgn percaya berita 2 dari surat khabar sebelum di soal selidik.

Harap maklum.

NUrIsLAM said...

wsalam..
Ummi,terima kasih diatas komen yang diberi. penulis amat perlukan maklumat dari ummi memandangkan penulis bkn mastautin di sana. kelak boleh penulis ingin mendapat info dr ummi. artikal ini diambil drp harian kosmo.
Untuk pengetahuan ummi, penulis jg bkerja sekali dgn ustaz elyas..
Normative Mechanical knife dlm MS1500:2009(halal) tlh dimansuhkan ttp x bermakna JAKIM tidak menerima mechanical knife.JAKIM tidak msyorkan pngunaannya.Di australia dan newzealand byk penyembelihan mggunakn mechanical knife krn keperluan kapasiti daging yg byk. Disebabkan keperluan tenaga kerja amat terhad dan lembu2 yg berbadan besar,maka ada yg mggunakan mechanical knife tuk pnyembelihan. nanti penulis akan menulis tentang penggunaan pnyembelihan mekanikal.Tq ummi.