Pengenalan
Firman Allah S.W.T:
“Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa-apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata bagimu.”
(al-Baqarah: 168)
Daripada Abi Abdillah Al-Nu’man bin Bashir r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Yang halal adalah jelas dan yang haram juga jelas, tetapi di antara keduanya terdapat juga perkara yang belum jelas (syubhah) yang tidak diketahui oleh kebanyakkan orang.”
Sumber hukum
Para Fuqaha dalam menentukan batasan pengharaman sesuatu makanan atau minuman adalah berpandukan kepada sumber berikut :
•Al-Quran
•Hadis
•Qias & Ijma’ Ulama’
Apakah makanan halal?
•Makanan dan minuman serta ramuannya yang dibenarkan oleh hukum Syarak
•Tidak mengandungai apa-apa bahan yang tidak halal dan najis, beracun, memabukkan, memudaratkan kesihatan dan tidak selamat dimakan
Definisi halal, haram dan masbuh
•Halal: Dari segi perkataan bermaksud dibenarkan (lawful). Ia merujuk kepada makanan/minuman yang diizinkan dan tidak berdosa memakannya berdasarkan prinsip undang undang Islam.
•Haram: Dari segi perkataan bermaksud tidak dibenarkan (unlawful). Ia merujuk kepada makanan/minuman yang tidak dibenarkan mengikut undang undang Islam.
•Masbuh/Syubhah (suspect): bermaksud meragukan. Ia merujuk kepada sesuatu pemakanan yang tidak jelas status hukumnya apakah ia halal atau haram.
No comments:
Post a Comment