SHAH ALAM: Orang ramai terutama pengusaha makanan perlu mempunyai kesedaran dengan penggunaan cuka wain (wine vinegar) yang difatwakan haram pada 2006, sekali gus meminta semua pihak peka bagi memastikan makanan itu halal.Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid, berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (JFNS) sehingga kini masih berpegang pada keputusan mesyuarat JFNS yang dibuat pada 26 dan 27 Jun 2006 untuk mengharamkan penggunaan cuka wain yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan luar dalam proses pembuatan makanan.
Menurutnya, walaupun keputusan berhubung pengharaman itu sudah lama dibuat, namun masyarakat belum tahu mengenainya dengan cara menyeluruh manakala penguatkuasaan berhubung penggunaan bahan itu dalam makanan di kalangan pengusaha makanan termasuk di hotel sukar dilakukan kerana ia bahan payah dikesan.
“Hukum atau fatwa ini sudah lama wujud dan sudah disebarkan, namun penyebaran yang belum menyeluruh menyebabkan mereka membuat kesilapan.
“Oleh itu penerangan perlu dibuat kepada masyarakat dan pengusaha premis makanan agar mereka dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan untuk tujuan halal toyyiba,” katanya ketika merasmikan Seminar Penerangan Fatwa Hukum Cuka Wain, semalam.
Seminar anjuran Jabatan Mufti Negeri Selangor itu bertujuan menyampaikan maklumat kepada pengusaha makanan bagi memastikan makanan yang dikeluarkan premis dan hotel adalah halal serta suci di sisi syarak.
Seminar sehari itu disertai peserta terdiri daripada pengusaha makanan serta hotel tanpa mengira agama bagi memahami proses pembuatan makanan dalam memastikannya adalah halal dan suci di sisi syarak.
Mohd Tamyes berkata, kebiasaannya cuka wain kerap digunakan dalam proses pembuatan kek, biskut untuk membuatkannya tahan lama dan sedap.
“Ramai pengusaha makanan terutama yang tidak beragama Islam kurang jelas mengenai perkara itu dan saya berharap melalui seminar dapat memberi maklumat sepatutnya.
“Sehubungan itu, kesedaran mengenainya penting. Pengusaha dan pengeluar makanan perlu mengisytiharkan penggunaan cuka wain jika ia terdapat dalam produk yang mereka pasarkan atau tidak lagi menggunakan bahan itu dalam produk mereka.
“Sebab itu saya kata kesedaran, kerana jika mereka rahsiakan maka sukar untuk diketahui kebenarannya, melainkan diuji secara saintifik,” katanya.
Menurutnya, beliau percaya pakar sains di negara ini mampu mencari alternatif penggunaan cuka wain bagi memastikan kesucian makanan halal itu dipulihara bersesuaian dengan dengan matlamat negara untuk muncul sebagai pengusaha industri makanan halal toyyiba.
“Saya harap umat Islam megambil berat kerana ia penting dalam memastikan amalan di dunia dan di akhirat diterima Allah,” katanya.

No comments:
Post a Comment