PERBADANAN Pembangunan Industri Halal (HDC) menyasar membangunkan lebih banyak syarikat utama global industri halal.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Jamil Bidin berkata, empat syarikat Malaysia dipilih untuk diberi sokongan pemasaran dan bagi misi perdagangan luar negara.“Syarikat terbabit adalah peserta industri besar dalam pasaran halal global dan produk keluaran syarikat itu termasuk daripada makanan hingga kosmetik,” katanya.Beliau berkata, sekurang-kurangnya enam lagi syarikat Malaysia dijangka dipilih mewakili Program Juara Halal HDC tahun ini.“Banyak peserta masih lagi kecil dan kami perlu melaksanakan lebih banyak usaha untuk membangunkan syarikat terbabit supaya menjadi syarikat besar,” katanya.
Menurutnya, terdapat keperluan membangunkan syarikat lebih besar bagi menjadi syarikat kukuh yang berupaya menghasilkan inovasi baru seterusnya mengakses pasaran.“Dalam usaha membangunkan syarikat industri halal, HDC turut mencari syarikat yang berpotensi untuk dibangunkan,” katanya.
Katanya, syarikat itu akan dipilih berdasarkan profil, produk, prestasi dan kejayaan program vendor masing-masing.Beliau berkata, syarikat itu akan diberi sokongan untuk menembusi pasaran tertentu dan sebagai balasan, prestasi syarikat masing-masing seperti perolehan dan kualiti pekerjaan yang diwujudkan akan dipantau.“Selain itu, HDC juga akan bekerjasama dengan agensi lain seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan SME Corporation (SME Corp) untuk mempromosikan produk halal,” katanya
No comments:
Post a Comment