Saturday, September 4, 2010

BLSB akui sijil halal tak diiktiraf JAKIM

Oleh Nazura Ngah
nazura@bharian.com.my
2010/09/03
Syarikat sedia patuhi syarat jika disenarai

KUALA LUMPUR: Bahtera Lagenda Sdn Bhd (BLSB), syarikat pengeluar sijil halal Islamic Food Research Centre (IFRC) Asia dan Halal Food Council (HFC) South East Asia mengakui sijil mereka tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
mengiktiraf BLSB kerana faktor persaingan walaupun mereka bersedia menerima apa juga syarat jika dimasukkan dalam senarai badan diiktiraf JAKIM. Beliau berkata IFRC berdaftar dengan Majlis Halal Sedunia yang menjadi badan induk kepada semua badan pengesahan premium halal seluruh dunia, termasuk Majlis Ulama Indonesia (MUI).

Katanya, di Malaysia hanya IFRC saja berdaftar sebagai ahli Majlis Halal Sedunia.

“Kami menganggap orang yang mempermainkan sijil kami adalah penjenayah agama kerana ia semata-mata berniat jahat untuk melemahkan kami, sedangkan dalam masa sama mereka tidak ingin menerima bahawa kewujudan kami amat diperlukan oleh pengusaha bagi membangunkan industri halal di Malaysia.

“Sesiapa yang menimbulkan keraguan ke atas bahan makanan yang memang halal adalah berdosa,” katanya dalam kenyataan semalam.
Sebelum ini BLSB yang memiliki 2,000 pelanggan termasuk 500 syarikat multinasional mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Akreditasi Halal Malaysia (SAHAM) menyeragam pensijilan halal, sekali gus mengelak dimonopoli JAKIM.

Abdulah Fahim berkata IFRC melalui BLSB melaksana tugas berkenaan bagi memenuhi misi mengisi ruang tanggungjawab fardu kifayah dalam membuat kajian dan mengesahkan makanan dan barang gunaan orang Islam mengikut hukum syarak.

No comments: