Thursday, September 2, 2010

Lagi logo halal Jakim tanpa kebenaran

SUBANG JAYA 30 Ogos - Penggunaan logo halal palsu untuk mempromosikan bufet Ramadan oleh beberapa restoran terus berlaku apabila sebuah lagi restoran makanan barat di sini, dikesan melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Pemilik restoran itu didapati sewenang-wenangnya mencetak logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada katalog menu yang diedarkan kepada pelanggan sedangkan makanan dihidangkan itu dicampurkan dengan arak.

Perbuatan tidak bertanggungjawab pemilik restoran terbabit terbongkar apabila sepasukan pegawai Jakim bersama pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya melakukan pemeriksaan mengejut di situ, semalam.

Sumber Jakim memberitahu, restoran terbabit diserbu setelah pihaknya dan KPDNKK berasa curiga dengan bufet Ramadan yang dipromosikan kerana pada masa sama, minuman keras turut dijual kepada pelanggan.

"Dalam serbuan itu, kita telah memeriksa bahagian dapur restoran dan menemui beberapa botol wain dipercayai digunakan oleh chef sebagai bahan dalam masakan.

"Semasa disoal siasat, chef yang bukan beragama Islam itu mengaku mencampurkan wain terbabit ketika memasak juadah yang turut disajikan di dalam hidangan bufet Ramadan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

No comments: