Tuesday, April 20, 2010

Kontena Nasional Now Halal-certified Logistics Services Provider




PETALING JAYA, April 20 (Bernama) -- National container haulier and logistics services provider Kontena Nasional's Petaling Jaya branch has been certified as a halal logistics service provider in warehousing and transport by the Islamic Development Department of Malaysia (Jakim).With the growing international demand for halal products, Kontena Nasional hopes to position itself as the preferred ancillary service provider in the country, thus filling the gap in the entire halal production and distribution chain.With this certification by Jakim, Kontena Nasional has an added advantage of offering a complete halal service package to its customers.Services in the package will include halal storage and warehousing, both containerised and conventional halal transportation, halal distribution, halal shipping, halal freighting for sea and air cargo, samak service for containers, customs facilities and other halal value-added services.According to Kontena Nasional's chief executive officer Hood Osman, with this certification, Kontena Nasional aspires to become Malaysia's main total logistics provider in the industry, especially on halal trade facilitation.All operating departments of Kontena Nasional throughout Malaysia are already ISO-certified.Kontena Nasional is a subsidiary of NCB Holdings, with Northport being its sister company.Permodalan Nasional Bhd holds a major stake in NCB Holdings, which is also listed on Bursa Malaysia.-- BERNAMA

Sunday, April 18, 2010

Makanan punca alahan

Bersama Dr Nur Atiqah Ng Abdullahhttp://www.biovco.com
PERKATAAN alergi berasal dari perkataan Greek "allon argon" yang bermaksud tindak balas berlainan dan bila berlaku terhadap seseorang dikatakan alergik.
Istilah alergi makanan atau alahan makanan merujuk kepada tindak balas keimunan yang advers (kurang baik) terhadap komponen tertentu dalam sesuatu makanan, biasanya protein tertentu di dalam komponen makanan tertentu.
Asalnya ia tidak berbahaya dan boleh diterima badan tetapi protein ini kemudiannya dianggap penceroboh berbahaya kerana mencetuskan tindak balas keterlaluan. Masalah alergi makanan hendaklah dibezakan daripada reaksi luar jangkaan yang tidak berdasarkan mekanisma imun seperti nyahtoleran yang disebabkan kekurangan enzim penghadaman, kesan farmakologikal makanan dan reaksi toksik.
Mekanisma imun di sebalik alahan makanan masih belum diketahui sepenuhnya tetapi boleh dibahagikan kepada reaksi yang berkaitan dengan IgE antibodi dan yang tidak berkaitan.
Bagaimana alahan terjadi ?
Secara saintifik, sensitiviti-secara-bilazim (hypersensitivity) badan membabitkan tiga komponen asas iaitu alergen makanan (bahan yang menyebabkan alahan), antibodi (terutamanya immunoglobulin E) dan sel tertentu seperti sel `mast' dan basofil (sejenis sel darah putih).
Apabila seseorang yang mengalami masalah alahan memakan sesuatu komponen alergen makanan, sistem kelalian atau kemanglian mereka akan dirangsangkan untuk menghasilkan antibodi IgE tertentu terhadap komponen makanan itu.
Berjuta-juta antibodi kemudiannya mengalir dalam saluran darah, sebelum antibodi itu melekat kepada sel darah putih atau akan masuk ke dalam tisu badan dan seterusnya melekat kepada sel `mast'.
Pada umumnya, sel `mast' boleh dapati di tempat di mana tubuh kita didedahkan kepada persekitaran seperti kulit, paru-paru dan gastrousus. Basofil dan sel `mast' menghasilkan dan menyimpan bahan seperti `histamine' (histamina - bahan dalam tubuh yang menghasilkan tindak balas alahan.Apabila antibodi IgE pada permukaan basofil dan sel `mast' terdedah kepada alergen makanan, sel-sel ini akan membebaskan histamine yang seterusnya menyebabkan berbagai-bagai simptom reaksi alahan.
Kebanyakan reaksi kurang baik terhadap bahan tambahan dalam makanan disebabkan intoleran dan bukan alahan. Manakala, protein dari ayam, kambing, beras dan tepung `carob seed' dianggap rendah dalam kandungan alergen.
Dipercayai makanan seperti kiwi, betik dan mempelam boleh menyebabkan sensitiviti yang sebelum ini tidak diketahui.Prevalen (kelaziman) dan skop masalah alahan makanan semakin meningkat di seluruh dunia dan ia mencerminkan corak pemakanan tempatan.
Perlu diketahui, simptom alahan makanan bergantung kepada peringkat umur ketika ia mula muncul. Contohnya, dalam umur beberapa minggu pertama kehidupan, simptom kebiasaannya adalah muntah dan cirit-birit. Dalam usia menjangkau beberapa bulan atau tahun pertama pula, bayi akan berhadapan dengan masalah kulit seperti atopik ekzema.
Simptom saluran pernafasan (bronkiolitis) kemudian timbul dalam bentuk asma dari umur 3 tahun dan `rhinitis' dari umur baligh. Masalah yang timbul mungkin serius dan kadangkala tidak. Contohnya kegatalan sekitar mulut, kegatalan dan radang pada kulit, simptom gastrousus (muntah dan cirit-birit), simptom saluran pernafasan dan simptom sistem jantung yang mungkin boleh membawa maut.
Walaupun sesuatu makanan tertentu boleh mencetuskan reaksi dalam satu atau lebih organ, ia jarang menyebabkan asma, `rhinitis' atau `urticaria'. Ekzema yang dirangsang oleh makanan dan beberapa penyakit gastrousus adalah berdasarkan mekanisma imunologi IgE dan non IgE. Masalah alergi makanan kronik dan subakut muncul sebagai reaksi gastrousus dengan simptom seperti perut sakit, muntah, cirit-birit dan tumbesaran yang terbantut.
Kebanyakan alahan makanan kanak-kanak akan hilang apabila anak-anak mula membesar, kecuali alahan terhadap makanan seperti kacang tanah dan makanan laut. Bayi dan anak-anak kecil yang memperlihatkan masalah alahan makanan lebih cenderung mengalami masalah alahan makanan yang lain dan alahan saluran pernafasan apabila mereka membesar.
Dalam 20 tahun kebelakangan ini, kelaziman alahan meningkat dengan kadar yang mendadak sehingga ke tahap Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) sudah mengisytiharkannya sebagai antara epidemik kurun ke 21. Dengan mengambil kira semua jenis alahan dan simptom, jumlah kes berlipat ganda dalam 10 tahun yang terakhir ini. Anggaran kelaziman global alahan makanan adalah lebih kurang enam hingga lapan peratus.
Ini mengenal pasti alahan, khususnya alahan makanan, sebagai satu dari penyakit yang paling lazim di kalangan bayi dan kanak-kanak dan membabitkan kos kesihatan yang tinggi di samping ketidakselesaan kepada anak dan keluarga.
INFO:Faktor yang mempengaruhi alahan
1) Ciri-ciri protein
2) Jumlah pengambilan
3) Jenis dan tahap respon sistem imun
4) Sensitiviti organ sasaran
5) Kecenderungan genetik.
Mengapa Berlakunya Peningkatan Kes Alahan ?
Tiga faktor utama yang berlainan memainkan peranan dalam peningkatan kelaziman alahan sejak dua abad kebelakangan ini:-
a) Peningkatan pendedahan terhadap penghasilan hama dalam habuk rumah.
b) Peningkatan pencemaran spesifik dari enjin diesel yang mencetuskan perengsaan (irritation) bronkial dan menyebabkannya lebih mudah diresapi oleh alergen paru-paru.
c) Pengurangan frekuensi penyakit yang tidak berbahaya semasa bayi.
Ini menyebabkan sistem sel `T helper'(sejenis sel darah putih) beralih daripada sel Th1 ke sel Th2(yang memainkan peranan dalam tindak balas alahan).
PENINGKATAN kelaziman alahan yang mendadak ini menegaskan bahawa langkah pencegahan primer untuk mencegahnya perlu diambil secepat mungkin. Seseorang itu akan menghadapi risiko lebih tinggi terhadap alahan makanan jika ia mempunyai kecenderungan genetik terhadap alahan yang diwarisi daripada ibu bapa dan seterusnya dia didedahkan kepada sesuatu alergen pada umur kritikal tertentu.
Secara praktis, pencegahan primer bertujuan mengelak daripada pendedahan dan simptom di kalangan individu yang berisiko.
Pencegahan sekunder pula menumpukan untuk mengawal simptom yang timbul pada individu yang sudah terdedah terhadap alergen.
Makanan yang menyebabkan alahan:
1) Putih telur
2) Susu lembu
3) Soya
4) Gandum
5) Kacang tanah
6) Buah-buahan citrus
7) Biji bijan
8) Ikan
9) Sotong.
10) Reaksi alahan terhadap bahan tambahan dalam makanan ( food additives) dan coklat adalah amat jarang.

Ikan keli makan organ babi haram


2010/04/19PUTRAJAYA: Memakan haiwan ternakan, termasuk ikan keli yang diberi makanan sebahagian besarnya organ dalaman babi atau haiwan lain secara berterusan adalah haram bagi umat Islam dan fatwa mengenai pengharaman itu sudah diwartakan. Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohd Amri Abdullah, berkata fatwa pengharaman itu wajar menjadi panduan kepada umat Islam bagi mengelak membeli hasil ternakan haram dimakan.
“Umat Islam perlu berhati-hati dan mengelakkan memakan ternakan seumpama kerana fatwa mengenai kesahihan haram atau halal sudah dikeluarkan,” katanya kepada Berita Harian, ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini mengenai seorang penternak ikan keli di Taman Agro Teknologi Pertanian Bestari Jaya di Kuala Selangor, Mohd Fadzil Ibrahim, mendakwa ada ikan keli yang diternak bukan Melayu diberi makan seperti perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi.
Namun, Mohd Amri berkata walaupun Jakim bertanggungjawab terhadap persijilan halal seperti ditetapkan oleh standard ISO MS150 2009, pihaknya tidak berhak memeriksa produk yang tidak mempunyai persijilan halal atau tanpa logo halal.
“Jakim hanya boleh memeriksa pengeluaran, penyediaan, pemberian makanan, penyembelihan, pengendalian, penyimpanan dan pembungkusan bagi produk yang ada sijil halal, Pendek kata, semua proses dari ladang hingga sampai kepada konsumer di meja makan adalah dalam bidang kuasa Jakim.
“Bagaimanapun, bagi produk yang tiada persijilan halal atau menggunakan logo halal, ia tidak bermakna bahan terbabit haram dimakan tetapi pengguna harus menggunakan budi bicara dan jangan beli sekiranya was-was,” katanya.
Beliau berpendapat adalah berbaloi bagi pengusaha hasil ternakan seperti ikan keli, yang sebahagian besar pelanggannya adalah orang Melayu atau umat Islam, memohon persijilan halal bagi menghapuskan syak wasangka terhadap kesahihan status halal produk yang dipasarkan.

Thursday, April 15, 2010

Perak To Set Up One-stop Centre For Halal Industry

IPOH, April 15 (Bernama) -- Perbadanan Halal Perak Sdn Bhd, a Perak government company, will set up the Halal Industry Common Facility Centre to serve as a one-stop reference centre for the halal industry.Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir said the centre would begin operation in January next year, in collaboration with the Department of Islamic Development Malaysia.It was among the government's commitments to expand the halal industry in Perak, he told reporters after visiting the site where the RM3 million centre would be built in Meru here Thursday.He said the centre would also be involved in human capital development by offering incubator development and entrepreneurship programmes, among others, besides providing halal certification and standards services.Zambry also said that through a collaboration with Perak Meat Industries Sdn Bhd, the slaughter centre in Lekir, Sitiawan, which had to close because of the economic downturn in 1997, had been reactivated.The centre could accomodate up to 350 head of cattle a week and presently exported over 400 head of cattle a month, he said.The menteri besar also announced the appointment of Sufian Jusoh, who is now a research fellow with the National Centre of Competence in Research, Switzerland, as a consultant to develop the bio-technology industry in Perak.On halal certification, he said the Perak Islamic Religious Department had informed him that last year, 337 companies obtained halal certification while the figure for the first three months of 2010 was 65.Meanwhile, Perbadanan Halal Perak Chairman Datuk Mohd Najmuddin Elias said the company had roped in Sidratul Corporation Sdn Bhd to develop a halal management system and halal manufacturing practice to make the halal logo standardisation process easier.-- BERNAMA

Wednesday, April 14, 2010

Alcohol in Halal Food Production: Is it Haram?


A controversial issue on grey areas of Halal is the presence of alcohol in food and beverage. Traditionally, consumers and Islamic jurists have identified alcohol as a substance that is Haram for consumption, whilst the process of fermentation is perceived as an unethical process as it produces intoxicants. Since alcohol exists in small quantities in Halal food products, consumers are unsure of its legal values and whether it can be consumed. However, food producer claims that the fermentation processes itself are not unethical. In fact, the processes are essential in major industrial applications especially food processing and flavoring. Alcohol is pervasive in the food industry in its indispensable role as food soluble, flavoring and preservatives. These distinctive features of alcohol as solvent agents are also extensively applied in pharmaceutical, cosmetics, drugs and antibiotics, and other industrial applications. The total value of the application of alcohol in these industries is in the billions of dollars considering that just in the soft drink sector alone, for example, Coca Cola reported sales of USD22billion in its 2004 annual report (Alcohol is used as solvent in this industry). Alcohol occurs as a result of the processes of fermentation and in industrial applications, fermentation has proven to be an economically and commercially viable mode to produce alcohol. The type of alcohol that is commonly extracted through this process for the food industry is known as ethanol, which in its purest form would be harmful for consumption. Thus, ethanol is always mixed with other substances to render it safe for consumption. That brings us then to the main issue, is the prohibition on alcohol directed at alcohol per se or at the effects of alcohol, which is the intoxicating nature of alcohol. Fatwas issued by international jurists and Islamic organisations have ruled that it is permissible to consume food and beverage that contain alcohol at levels that do not intoxicate. These levels are established at a very minimum level range of 0.01% to 0.05%, on the basis that at these levels the amount is not significant in causing intoxication. Thus, the prohibition is directed at the effects of alcohol itself, which is its intoxicating nature. Applying the principles of analogy (Qias) in this matter, Islamic jurists have included all other similar substances that have the same effect as alcohol, i.e., intoxicants such as drugs, cocaine, heroin, marijuana, whiskey, gin, beer to be prohibited. Islamic jurists claim that the suppliers do not publish the components because one ingredient could have hundreds of components. The formula should be checked whether it has contents that are Halal or not. The latest fatwa by Imam Yusof Al-Qaradhawi issued in 2008 pursuant to queries on energy drinks that contain a small percentage of alcohol, states that it is permissible to consume food that contains alcohol on the condition that firstly it does not intoxicate, and secondly the alcohol content was as a result of natural fermentation. For the Muslim community, the issue is clear. Alcohol is present in most food and beverage for its specific uses and may be tolerated if it exists below the established parameter. However, the consumption of intoxicating beverages produced by commercial distillation like beer and wine are totally prohibited and there is no room for argument for their prohibition. What the Muslim consumer has to be wary of is the disturbing trend towards the application of alcohol as food flavoring. Although the food products may not intoxicate or contain alcohol at all, the taste and smell of alcohol is in the food products. Alcoholic flavoring is entering areas it has traditionally stayed away from, such as cereals, sweets, jellies, ice cream, tooth paste and other household products whose main consumers are children.
sumber..drp daganghalal..

Thursday, April 8, 2010

Tiga tong ‘ayam lemas’


KUALA LUMPUR: Meloyakan dan tidak sepatutnya berlaku apabila ada segelintir peniaga ayam tempatan bertindak menjual ‘ayam lemas’ kepada pelanggan Islam walaupun menyedari ia meragukan dan boleh dianggap sebagai bangkai.Kewujudan ayam lemas itu didedahkan berikutan penemuan tiga tong penuh berisi air yang digunakan peniaga ayam untuk melemaskan ratusan ayam dalam satu pemeriksaan mengejut di Pasar Sentul di sini, awal pagi semalam.
Lebih menjijikkan apabila peniaga turut sengaja mencampakkan puluhan ayam yang baru disembelih ke lantai berlumut sebelum dijual kepada orang ramai.
Tindakan yang disifatkan tidak bertanggungjawab itu dibongkar selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan pemeriksaan di pasar berkenaan.
Sumber berkata, operasi bermula jam 4 pagi itu disasarkan ke kawasan pasar terbabit bagi menilai tugas penyembelihan ayam selain memastikan ia mengikut hukum syarak serta halal sebelum dijual kepada pengguna Islam.
“Dalam operasi itu, empat premis sembelihan ayam di pasar terbabit diperiksa, tetapi tiga daripada premis berkenaan tidak menjalankan perniagaan seolah-olah mengetahui lebih awal kehadiran pihak berkuasa.


Bagaimanapun, pemeriksaan ke atas premis yang menjalankan perniagaan itu agak mengejutkan apabila mendapati kebanyakan ayam yang disembelih terus dimasukkan ke dalam tong berisi air,” katanya.
Menurutnya, tindakan memasukkan terus ayam yang baru disembelih ke dalam tong berisi air bersama puluhan ayam lain mencetuskan tanda tanya sama ada ayam terbabit mati akibat disembelih mengikut hukum syarak atau mati akibat terhimpit dan lemas. “Tong berisi air terbabit berisi ratusan ayam yang semuanya dalam keadaan terendam dan mati berhimpit antara satu sama lain. Keadaan ini jelas menimbulkan isu ‘syubahah’ atau curiga sama ada ia halal dimakan atau sebaliknya.
“Walaupun semua ayam terbabit disembelih dan putus urat leher mengikut hukum syarak, cara ia mati dianggap boleh menyebabkan ia dianggap sebagai bangkai. Mengikut hukum syarak, ayam sebegini yang tidak mati akibat sembelihan haram dimakan umat Islam,” katanya.
Selain itu, keadaan tempat penyembelihan yang kotor dan ayam sembelihan yang diletak berteraburan di atas lantai berlumut turut menimbulkan keadaan jijik.
Berikutan beberapa isu meragukan itu, pegawai Jakim menyoal siasat pemilik premis penyembelihan ayam terbabit sebelum lelaki berusia 40-an itu diberikan tazkirah berhubung kaedah penyembelihan sewajarnya.


Difahamkan, peniaga berkenaan turut diberikan kompaun oleh pihak DBKL berhubung kesalahan dilakukan.
Dalam operasi diadakan sebelum ini di Pasar Pudu, pihak Jakim pernah mengesan tindakan peniaga melemaskan ayam yang baru disembelih ke dalam tong besar berisi air atau menindihnya dalam tong bagi mempercepatkan proses kematian sebelum diproses dan dijual kepada orang ramai. Lebih menjijikkan apabila ada antara pusat penyembelihan ayam terbuka itu ‘berjiran’ dengan gerai atau tempat penjualan daging babi, sekali gus menimbulkan kegusaran sama ada ayam terbabit halal dimakan. Soal siasat terhadap seorang pekerja mendapati, tugas penyembelihan dilakukan warga Bangladesh dan Indonesia yang diambil bekerja tanpa sijil pentauliahan penyembelihan sah.

Monday, April 5, 2010