Thursday, June 11, 2009

IkaN KELi









IPOH - Sanggupkah anda menjamah hidangan ikan keli yang membesar dengan zat air kumbahan dari ladang babi?
Jika tidak, anda harus memastikan ikan keli yang dimakan selepas ini bukan diternak di salah satu daripada 10 kolam ternakan itu yang diusahakan bersebelahan sebuah ladang ternakan babi di negeri ini.
Bagi penduduk berhampiran, penternakan ikan keli oleh pengusaha ladang tersebut tidak lebih sekadar untuk 'membersihkan' air sisa kumbahan babi sebelum ia dilepaskan ke saliran utama berhampiran beberapa kawasan perumahan di situ.
Wartawan dan jurugambar Kosmo! yang berjaya memasuki ladang tersebut semalam, terkejut melihat air kolam-kolam ternakan itu berwarna hijau lumut dan keadaannya jauh berbeza dengan air kolam ternakan ikan keli di tempat lain.
Menurut seorang lelaki yang mendakwa pemilik ladang babi tersebut, ikan-ikan keli yang diternak di kawasan seluas empat hektar itu bukan untuk pasaran tempatan sebaliknya untuk dijual di luar Perak.
"Kita tidak jual sini, semua luar Perak. Sini susah, orang dekat sini sudah bising pasal ladang (babi)," katanya yang enggan dikenali.
Dia enggan menjelaskan di mana ikan keli terbabit dipasarkan tetapi mengakui benih-benih ikan itu diperoleh daripada seorang pemborong di sini.
"Kenapa banyak tanya, saya kata kita tidak jual kepada orang sini (tempatan), awak kalau mahu, beli di tempat lainlah,'' katanya sebelum meminta kami beredar.
Berdasarkan tinjauan, setiap kolam berkenaan mempunyai dua paip saliran, paip masuk dan keluar yang berfungsi mengalirkan air kumbahan kandang babi yang kemudiannya terus ke dalam parit di sebelah ladang terbabit.
Sisa dan air kumbahan yang disalurkan ke dalam kolam dipercayai mendap ke bawah dan menjadi 'makanan' ikan manakala mendapan itu pula menyebabkan permukaan kolam seolah-olah diselaputi lumut.
Dianggarkan lebih 100,000 ekor ikan keli diternak di 10 kolam yang dikawal rapi dan tidak boleh dimasuki pihak luar.

Tuesday, June 9, 2009

Masih banyak makanan guna asid borik


GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kesal dengan langkah Kementerian Kesihatan yang tidak mengambil perhatian serius terhadap gesaannya sejak 25 tahun ini berhubung larangan penggunaan asid borik dalam makanan.
Ketika ini, kajian persatuan itu mendapati, penggunaan bahan terlarang yang menjadi agen penyebab kanser dan merosakkan anggota dalaman badan itu semakin meluas dalam bahan makanan yang diminati ramai.
Melalui ujian terbaru CAP, pelbagai jenis makanan seperti bak chang (ladu Cina), mi kuning, kuew teow dan kuih nyonya didapati mempunyai kandungan asid borik yang tinggi.
Pengerusi CAP, S.M. Mohamed Idris berkata, pihaknya telah membuat aduan rasmi terhadap Kementerian Kesihatan berhubung perkara itu sejak 1984 tetapi sehingga kini tiada langkah drastik yang diambil.
"Satu sampel bak chang mengandungi 569 bps (bahagian per sejuta) asid borik, mi kuning pula antara 6.51 hingga 296 bps dan kuih nyonya antara 0.78 hingga 13.5 bps.
"Ia memudaratkan tubuh jika diambil secara rutin dan kebanyakannya terkandung dalam makanan yang kerap dimakan seperti mi dan kuih-muih," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini semalam.
Asid borik adalah toksik yang boleh membawa kepada keracunan, penyakit gastrousus, kerosakan buah pinggang dan hilang selera makan.

KKM sahkan ACYW135 halal

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam mengesahkan vaksin Meningococcal Quadrivalen (ACYW135) adalah halal kerana ia tidak mengandungi unsur-unsur dari sumber babi atau lembu dalam penyediaannya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam kenyataannya kepada Kosmo! menjelaskan, pelalian itu adalah untuk mencegah jangkitan meningococcal meningitis.
"Ia diwajibkan oleh Kerajaan Arab Saudi sebagai syarat pengeluaran visa haji dan umrah,'' katanya.
Mohd. Ismail seterusnya menambah, suntikan vaksin itu boleh diperoleh di klinik kesihatan kerajaan secara percuma untuk jemaah haji melalui temu janji dan ia hanya perlu diberikan sekali dalam setiap tiga tahun.
Kenyataannya itu dikeluarkan ekoran laporan akhbar Batam Pos baru-baru ini mengenai keputusan Majlis Ulama Indonesia mengharamkan vaksin meningococcal meningitis kepada jemaah haji negara tersebut kerana mengandungi enzim babi.
Ia kemudian mendorong beberapa pakar agama di negara ini meminta pihak berkuasa menyemak semua status suntikan vaksin untuk jemaah haji dan umrah kerana dikhuatiri turut menggunakan sumber haram.

Monday, June 8, 2009

AmalaN pEngilaNgan BaiK(GMP)???

luar kilang kilang BIHUN ........ INDAH
bersebelahan kilang makanan adalah pusat peternakan babbbii???aduh..mee..keuw tiaw??sedap...!!!!


goreng pun sodap sayur 2..so creative...jimat ruang..

ArAK HAlaL!!!???



KUALA LUMPUR 7 Mei - Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama 'Istak' dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.Pengarah Urusan MICSB, Mahdi Bagherian berkata, pelaburan itu merupakan langkah pertama untuk produknya meneroka pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.
Tiga lokasi yang dicadangkan bagi pembinaan kilang itu ialah di Pelabuhan Klang, Melaka, dan Johor Bahru, katanya."Minuman tanpa alkohol atau halal ini merupakan produk terbaru yang dipasarkan ke negara ini malah permintaan terhadapnya amat menggalakkan terutamanya bagi pelanggan bukan Islam dan penggemar minuman alkohol yang mahu mencari alternatif lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini. Istak dihasilkan melalui pemilihan malt (bijirin biasanya barli yang diperam) paling berkualiti dan dikeluarkan menerusi syarikat yang berpengkalan di Iran, Arpanoosh Industrial Co. yang berpangkalan di Iran.
Syarikat dengan keupayaan pengeluaran 35,000 botol sejam itu memiliki barisan pengeluaran terbesar di samping keupayaan teknologi mesin paling terkini dari Jerman.Menurut Bagherian, produk tersebut masih baru di pasaran tempatan namun produk tersebut akan dijual di pasar raya besar, pasar raya dan hotel-hotel di seluruh negara.Katanya, ketika ini syarikat yang beroperasi di Putrajaya itu mengimport kira-kira 20 buah kontena yang mengandungi 1.2 juta botol minuman Istak untuk dipasarkan ke Malaysia.Melalui pembinaan kilang yang bakal dibina itu, beliau memberitahu, keupayaan untuk mengeluarkan minuman itu boleh mencapai dua kali ganda jika penggunaan teknologi sama seperti di Iran diguna di negara ini.
"Jenama Istak ini bukan jenama asing di luar negara kerana Arpanoosh telah mengeksport minuman itu ke Jerman, Afghanistan, Palestin, Lubnan, Azerbaijan dan Australia," katanya.Jika perancangan untuk membuka kilang baru di negara ini menjadi kenyataan, Istak akan dieksport ke Indonesia, Thailand, Singapura manakala di Vietnam jenama minuman tersebut telah pun dijual baru-baru ini.Bagi mengukuhkan jenama itu di rantau ini, MICSB telah menaja sebuah pasukan rali-SR Motorsports bagi meningkatkan kesedaran jenama itu di kalangan pengguna, selain meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna remaja tentang kebaikan minuman tanpa alkohol di dalam sukan.Selain itu, minuman itu didakwa baik untuk kesihatan termasuk mampu mengelakkan sakit buah pinggang,, mengurangkan tekanan, membina tenaga dan mampu mengurangkan kolesterol