Wednesday, January 13, 2010

HANYA HALAL - Sijil Halal Tak Diiktiraf Jakim

Ramai lagi dikalangan kita masih keliru dengan logo halal dan sijil halal yang sah serta diiktiraf oleh JAKIM. Oleh itu dalam eposid kali ini HANYA HALAL akan mengupas dan menjelaskan kekeliruan tersebut supaya masyarakat tidak terpedaya dan teraniaya.
Saksikan HANYA HALAL setiap khamis di TV1
Panel :
Penerbit :Norhafizah Zainauddin
Masa Terbitan :18.30 hingga 19.00

Thursday, January 7, 2010

Sijil halal’ ayam cucuk

Sijil halal’ ayam cucuk
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin am@hmetro.com.my

GEORGETOWN: Pengusaha sebuah kafe di Jalan Penang di sini dikesan menggunakan sijil halal tanpa pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selain menyajikan minuman keras dan ayam tidak disembelih mengikut hukum syarak ditetapkan.
Lebih mengejutkan, kafe baru dibuka kira-kira sebulan lalu terletak di kawasan popular bagi pelancong asing, juga sering dikunjungi pelanggan beragama Islam yang tertipu dengan muslihat pengusaha tidak bertanggungjawab terbabit. Dalam serbuan kira-kira jam 11 pagi Khamis lalu, pengusaha kafe itu yang berusia 36 tahun cuba memberi pelbagai alasan apabila disoal siasat dengan mengatakan tidak tahu tindakan yang dilakukan itu salah. Serbuan dijalankan pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), hasil pemantauan dilakukan sejak kafe berkenaan dibuka sebulan lalu. Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JHEAIPP, Faizal Ibrahim, berkata ketika pemeriksaan, pihaknya mendapati kafe berkenaan menyediakan minuman keras kepada pelanggan selain menyediakan menu mempunyai logo halal. Beliau berkata, pengusaha didapati menyalahgunakan sijil halal diperoleh daripada sebuah pusat penyelidikan makanan Islam Malaysia dan Asia (IFRC) beribu pejabat di Petaling Jaya, Selangor.
Katanya, berdasarkan pemeriksaan kafe berkenaan mempunyai sijil halal sah tempoh sehingga 26 Oktober 2011, namun ia tidak mendapat pengiktirafan Jakim atau mana-mana jabatan agama Islam di negara ini. “Pemeriksaan di dapur pula mendapati ayam dibekalkan kepada kafe berkenaan ayam cucuk yang teknik penyembelihan amat mencurigakan berikutan leher ayam dilihat mempunyai kesan cucuk. “Siasatan mendapati ayam berkenaan tidak disembelih mengikut hukum syarak mengikut Mazhab Syafie kerana tiga urat penting di leher ayam yang disembelih perlu putus, iaitu urat pernafasan serta urat makan dan minum,” katanya. Faizal berkata, dalam pemeriksaan itu, 22 ayam disimpan dalam peti ais, sijil halal dari IFRC, tiga logo halal, sembilan botol minuman keras dan menu minuman keras dirampas dan pengusaha kafe itu ditahan. Beliau berkata, pengusaha kafe dibebaskan selepas diambil keterangan dan siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti syarikat pembekal ayam kepada kafe berkenaan. Katanya, semua barangan dirampas diserahkan kepada KPDNKK untuk tindakan lanjut dan pihaknya memandang serius mengenai isu halal ini.

Jadikan kilang ini cth tuk Mee Halal Bumi

Sirim iktiraf Laksamana sebagai pengeluar mi terbersih
Oleh MN NORZASRUDINnorzasrudin@kosmo.com.my


PEKERJA Laksamana Usaha Noodles Products melakukan kerja-kerja pembungkusan mi di di Taman Bukit Maluri, Kepong semalam.


KUALA LUMPUR - Syarikat pembuatan mi dan kuey teow sering dikaitkan dengan persekitaran kilang yang kotor. Bagaimanapun, Laksamana Usaha Noodle Products Sdn. Bhd. sanggup melabur lebih RM3 juta bagi menyediakan kemudahan pengeluaran yang bersih.
Pengurus Operasi dan Pembuatan Laksamana, Yong Pin Chong berkata, syarikatnya memiliki tujuh mesin bernilai RM400,000 setiap satu.
Ia adalah untuk mengekalkan statusnya sebagai pengeluar terbesar produk mi dan kuey teow di negara ini.
"Selain memiliki mesin membuat mi dan kuey teow yang berteknologi tinggi, kami juga memberi latihan kepada pekerja dan memiliki makmal penyelidikan sendiri.
"Saya yakin dengan pemilihan ini produk kami mampu menguasai pasaran mi dan kuey teow di negara ini," katanya.
Menurut Pin Chong, mi dan kuey teow keluaran syarikat itu boleh didapati di pasar-pasar borong, pasar raya dan hipermarket di seluruh negara.

Komen penulis...how about halal??mana pengiktirafan Halal anchor yang diwarwarkn.. JAKIM dan HDC patut mjadikn SIRIM sebagai contoh tuk mengiktiraf kilang yang betul2 halal..jadikan contoh tuk semua..buat pameran sebagaimana yang di buat oleh HIGH 5..fikirkanlah..