Thursday, January 7, 2010

Jadikan kilang ini cth tuk Mee Halal Bumi

Sirim iktiraf Laksamana sebagai pengeluar mi terbersih
Oleh MN NORZASRUDINnorzasrudin@kosmo.com.my


PEKERJA Laksamana Usaha Noodles Products melakukan kerja-kerja pembungkusan mi di di Taman Bukit Maluri, Kepong semalam.


KUALA LUMPUR - Syarikat pembuatan mi dan kuey teow sering dikaitkan dengan persekitaran kilang yang kotor. Bagaimanapun, Laksamana Usaha Noodle Products Sdn. Bhd. sanggup melabur lebih RM3 juta bagi menyediakan kemudahan pengeluaran yang bersih.
Pengurus Operasi dan Pembuatan Laksamana, Yong Pin Chong berkata, syarikatnya memiliki tujuh mesin bernilai RM400,000 setiap satu.
Ia adalah untuk mengekalkan statusnya sebagai pengeluar terbesar produk mi dan kuey teow di negara ini.
"Selain memiliki mesin membuat mi dan kuey teow yang berteknologi tinggi, kami juga memberi latihan kepada pekerja dan memiliki makmal penyelidikan sendiri.
"Saya yakin dengan pemilihan ini produk kami mampu menguasai pasaran mi dan kuey teow di negara ini," katanya.
Menurut Pin Chong, mi dan kuey teow keluaran syarikat itu boleh didapati di pasar-pasar borong, pasar raya dan hipermarket di seluruh negara.

Komen penulis...how about halal??mana pengiktirafan Halal anchor yang diwarwarkn.. JAKIM dan HDC patut mjadikn SIRIM sebagai contoh tuk mengiktiraf kilang yang betul2 halal..jadikan contoh tuk semua..buat pameran sebagaimana yang di buat oleh HIGH 5..fikirkanlah..

1 comment:

Anonymous said...

salam.

laksamana okey ler sebab ader ex halal yang keje situ ALHAMDULILLAH SIRIM iktiraf bersih tapi owner tetap cina biler orang Islam nak buka kilang mee yang bertaraf macam ni boleh market satu Malaysia......