Tuesday, May 18, 2010

Kedai konsep halal di Arab Saudi

SHEIKH Kalid (dari kiri), Sheikh Ahmad, Isa dan Borhan menandatangani perjanjian sambil disaksikan oleh Mukhriz di George Town semalam.
GEORGE TOWN - Konsortium Usahawan Makanan dan Industri Asas Tani (Komita) akan memasarkan produk halal tempatan negara ke pasaran antarabangsa hasil kerjasama strategiknya dengan rakan niaga AAALink Group Sdn. Bhd. (AAALink).
Projek pengembangan ini direalisasikan melalui penubuhan kedai konsep My Malaysia Trading House di Arab Saudi yang akan menawarkan produk tempatan dengan lebih terancang dan tersusun di bawah satu bumbung.
Pengerusi Eksekutif Komita, Sheikh Ahmad Dusuki berkata, antara produk yang akan dijual di kedai konsep itu ialah bekalan bahan mentah seperti daging segar, produk tenusu, produk dingin beku, makanan tradisional yang dikomersialkan seperti kerepek ubi dan kerepek pisang.
"Ini merupakan kedai konsep halal Malaysia pertama seumpamanya dibangunkan di negara tersebut, ia akan menawarkan pelbagai produk di bawah satu bumbung," katanya kepada kepada Kosmo! selepas majlis menandatangani perjanjian di antara Komita dengan AAALink.

No comments: