Monday, March 7, 2011

"E-Code"

Hampir setiap hari saya mendapat email daripada pengguna mengenai E-code yang terdapat didalam produk makanan yang kita makan seharian samada ia halal atau tidak?

Ada yang menyatakan Kod-E ini adalah bahan daripada khinzir.

Sebelum lebih jauh biar saya menerangkan apa sebenarnya E-kod ini.

E bermaksud EC (European Communities) dan E-numbers adalah mewakili pelbagai jenis bahan tambahan makanan yang melalui beberapa tapisan keselamatan makanan sebelum ia dibenarkan digunakan didalam penghasilan makanan di Eropah untuk memudahkan perdagangan.

Senarai Kod-E dibahagikan kepada beberapa kategory:

E100-199 Pewarna.
E200-299 Pengawet
E300-399 Antioksidan/fosfat/Oksidan.
E400-499 Pemekat/Pelembap/Anti-caking/Penstabil/Emulsifier.
E500-599 Garam/lain-laincampuran.
E600-699 Penambah Perisa.
E 900-999 Agen Pengilat/Pemanis/Bahan yang digunakan untuk merawat tepung.
E1000-1399 Pelbagai bahan tambah makanan.
E1400-1499 Kanji Tiruan.

Setiap bahan tambah mempunyai peranan yang tersendiri didalam makanan.

E-kod Yang Mungkin Bersumberkan Haiwan
Pada penulisan saya kali ini saya ingin berkongsi dengan kod-E yang perlu kita ketahui status halalnya.
Ini tidak bermaksud produk ini mesti mengandungi babi tetapi juga haiwan lain yang kita perlu ketahui statusnya, samada halal atau tidak?
Kerana emulsifier boleh diperbuat daripada tumbuhan atau haiwan...
Jika haiwan halal, adakah ianya disembelih mengikut hukum syara'?

Antara kod -E yang kritikal adalah yang bermula dari kod E470 hingga kod E495.
Ia adalah sejenis emulsifier. Emulsifier / agen pengemulsi adalah banyak berfungsi untuk produk yang berkaitan dengan produk yang memerlukan percampuran minyak dan air contohnya margerin, susu, kek, cream, dan lain-lain lagi yang akan ceritakan kemudian.

Untuk pengetahuan anda semua jika ada produk yang menggunakan kod ini dan telah mendapat sijil halal JAKIM/negeri mereka telah memastikan emulsifier yang digunakan adalah daripada sumber yang halal samaada tumbuhan dan haiwan. Kebanyakan produk yang dikeluarkan oleh Kilang tempatan dan yang telah mendapat sijil halal mereka menggunakan emulsifier daripada tumbuhan yang menggunakan minyak sawit sebagai bahan asas pembuatan emulsifier tersebut.

Oleh itu tidak menimbulkan sebarang masalah...So kita cari la yang ada logo halal Malaysia ye...
Jadi tak perlulah kita sebarkan email-email layang yang berkaitan E-kod ini, kerana kebanyakanya tidak jelas kesahihanya...

petikan daripda...http://fakarudinft.blogspot.com/search/label/E-Numbers

No comments: