Sunday, April 5, 2009

Apakah hukumnya seseorang Islam bermain benda bertali seperti gitar?


261. Dilema Jodoh Setelah IstikharahSoalan: Saya mempunyai kenalan dan pada saya kenalan ini amat sesuai daripada ciri-ciri yang 4 sebagaimana yang telah kita ketahui. Saya telah melakukan sembahyang istikharah selama 7 hari berturut-turut dan Alhamdulillah saya telah di berikan petunjuk. Persoalannya kami telah bersemuka dan menyatakan luahan hati masing-masing dan saya dapati beliau telah mempunyai pilihan hati sendiri. Selepas itu saya telah bertemu dengan seorang insan yang juga memenuhi ciri-ciri tersebut. Hubungan kami setakat ini. Alhamdulillah walaupun belum membicarakan soal berumah tangga, dilema yang melanda pada masa ini ialah saya teringat tentang petunjuk yang lalu. Bagaimana Ustaz?
Zahariah, BangiJawapan: Dalam kes ini adalah suka disarankan kepada yang terlibat supaya jangan berputus asa. Tidak semestinya kita gagal buat kali pertama bererti kita juga akan turut gagal buat kali kedua. Jodoh pertemuan itu di tangan Allah. Saudari hendaklah mengadakan solat hajat memohon supaya Allah SWT mengurniakan suami yang salih kepada saudari. Setelah mengadakan solat hajat beberapa kali, bolehlah saudari menyatakan perasan saudari itu kepada jejaka idaman saudari itu tadi.
Jika jawapannya negatif saudari hendaklah reda dengan kehendak Allah dan jangan sekali-kali berputus asa. Jika jawapannya positif hendaklah bersyukur kepada Allah. namun untuk berputus asa jangan sekali. Dalam Al-Quran orang yang berputus asa hanya ditujukan kepada orang yang zalim dan kafir sahaja. Jangan saudari letakkan diri saudari di status ini. bagaimanapun saudari diingatkan supaya beriltizam denagan adab-adab Islam ketika pertemuan diadakan dengan membawa mahram bersama saudari jika tidak yang ketiganya adalah syaitan. Sila rujuk buku-buku berikut:1. Bunga Idaman Mutiara Syurga 'Wanita Solehah' DN 1482. Muslimah Sejati DN 027
^ Kembali ke atas ^

262. Bohong Secara TerpaksaSoalan: Apakah hukumnya sekiranya kita berbohong secara terpaksa (tiada pilihan lain)?
Izzat, DungunJawapan: Hukum asal bagi berbohong adalah haram kerana ia mengandungi bahaya yang akan menimpa ke atas orang yang dusta itu ataupun ke atas orang lain. Dalam Al-Quran menjelaskan Allah SWT menyediakan balasan neraka kepada orang-orang yang berdusta.Tetapi kadang-kadang berbohong mendatangkan maslahah. Di kala itu berbohong diharuskan.
Begitu juga berbohong kadang-kadang boleh menjadi wajib seperti jika seseorang bercakap benar akan mendatangkan bahaya kepada nyawa orang yang tidak berdosa akibat perbuatan orang yang zalim yang mahu membunuhnya. Berbohong juga menjadi harus untuk menghalang dari tercetusnya peperangan atau untuk mendamaikan dua orang yang bersengketa atau untuk melunakkan hati orang yang teraniaya atau untuk mengeratkan hubungan antara suami isteri yang bersengketa.
Dalam situasi ini diharuskan berbohong, tetapi hendaklah mengikut sekadar yang perlu sahaja dan tidak melampaui batas atau berlebihan. Ada banyak hadis yang membuktikan bolehnya berdusta kerana maslahah-maslahah yang dinyatakan di atas. Thawban pernah berkata: Berdusta itu semuanya haram kecuali yang mendatangkan manfaat bagi seseorang muslim atau boleh menolak sesuatu mudarat daripadanya. Begitulah yang dijelaskan di dalam kitab Maw'izah Al-Mukminin oleh Imam Al-Ghazali. 263. Hukum Bermain Alat Muzik Bertali Soalan: Apakah hukumnya seseorang Islam bermain benda bertali seperti gitar?
Tamimi, Batu CavesJawapan: Bermain alat muzik bertali seperti gitar dan lain-lain adalah haram. Ini merupakan pendapat yang telah disepakati oleh madhhab empat. Sesiapa yang berterusan bermain dengan alat-alat muzik tersebut, dianggap fasik dan tidak boleh diterima penyaksiannya di Mahkamah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Al-Bukhari menjelaskan akan timbul satu golongan dari umat Muhammad yang akan menghalalkan arak, khinzir, sutera dan alat-alat muzik.
Dalam Surah Luqman ayat 6 Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan di antara manusia ada yang suka menggunakan hartanya untuk membeli "LAHWA AL-HADIS" untuk menyesatkan orang ramai dari agama Allah". Lahwa Al-Hadis yang disebutkan di dalam ayat ini ialah alat-alat muzik dan hiburan yang melalaikan. Inilah yang dinyatakan oleh Mujahid, Hassan, dan Ibn Umar. Alat muzik yang bertali seperti gitar dan lain-lain samada fesyen lama mahupun yang baru adalah haram bermain dengannya dalam apa jua keadaannya.
1. Samada alat muzik itu mengeluarkan alunan yang rancak atau berirama perlahan. 2. Samada dari barat atau timur. 3. Samada pendengarnya lelaki mahupun perempuan. 4. Samada di majlis keramaian seperti perkahwinan, hari raya, waktu perang dan lain-lain. 5. Samada disertai dengan lagu atau tidak. 6. Samada mendengar secara langung atau melalui pita rakaman.
Selain itu haram berjual beli alat muzik dan mengadakan kilang-kilang bagi memprosesnya, meminjam, mempelajari dan mengambil upah dari mengajar bermain muzik, membuka sekolah muzik dan membuat buku-buku panduan bermain muzik. Kerana kesemuanya adalah jalan kearah penggunaan muzik.

No comments: