Thursday, April 7, 2011

Salamfone tawar khidmat telefon syariah




KUALA LUMPUR - Salamfone Sdn. Bhd. (Salamfone) optimis terhadap perkhidmatan telekomunikasi mudah alih prabayar berlandaskan Syariah yang diperkenalkannya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Salamfone, Kamshul Kasim, perkhidmatan itu dijangka menerima sambutan menggalakkan apabila rangkaian perkhidmatan diperluaskan ke seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Salamfone yang diwujudkan pada bulan Jun tahun lalu merupakan pengendali perkhidmatan rangkaian operator mudah alih maya (MVNO) yang menggunakan rangkaian Maxis Bhd. yang pertama di dunia menyediakan produk dan perkhidmatan yang mengetengahkan kandungan Islam.

Menurut Kamshul, perkhidmatan tersebut dijangka dilanggan oleh mereka yang lebih berminat terhadap produk dan perkhidmatan berasaskan nilai-nilai Islam dalam gaya hidup masing-masing pada masa ini.

"Antara produk dan perkhidmatan yang ditawarkan ialah program Infaq yang mana syarikat akan mendermakan satu sen setiap kali pelanggannya menelefon pelanggan Salamfone lain dan talian khusus yang menyediakan jawapan dalam sebarang persoalan berkaitan Islam.

"Selain itu, ia turut menyediakan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) inspirasi agama yang disediakan secara percuma di samping nada dering lagu-lagu nasyid," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

1 comment:

Anonymous said...

ana ada telepon syriah. itu gimik jualan slamfon. nk bagi derma satu sen sebab untung dia banyak kerana kos 25 sen satu minit untuk 60 sec blok mahal.
yang kaya ialah maxis tahun sudah untung 7 billion ringgit. mana tak boleh hantar pergi haji atua umrah. apbila cabut lotery bertuah (tak islamik)denagn tambahan topup Rm30 setu bulan . jangan keliru