Thursday, July 29, 2010

Akses status halal

SUBANG JAYA: Pasar raya besar dan pusat pengangkutan awam bakal dilengkapi dengan kiosk elektronik Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) (i-kiosk HDC) bagi membolehkan pengguna mengakses maklumat mengenai status halal produk dan premis perniagaan berasaskan makanan dengan lebih mudah dan pantas.
Ketua Pusat Sokongan Halal Global HDC Rohaizad Hassan berkata, HDC turut bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membangunkan program berkenaan khusus untuk mengenengahkan industri halal di kalangan masyarakat.


“I-kiosk HDC bukan saja berguna kepada masyarakat setempat menyemak status halal produk dibeli, malah memberi kelebihan kepada peniaga yang ingin mendapatkan bekalan bahan mentah status halalnya. “Setakat ini, terdapat kira-kira 75,000 produk dan 2,000 premis perniagaan makanan disahkan halal oleh Jakim dan ia boleh disemak melalui i-kiosk HDC yang terdapat di lokasi dipilih kelak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Kursus Halal anjuran HDC dan Mydin di Mydin Mall di sini, semalam.


Hadir sama, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Mydin dan Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Keusahawanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) merangkap Ahli Lembaga Pengarah HDC, Datuk Abdul Ghafar Musa.


Rohaizad berkata, pelaksanaan i-kiosk itu secara tidak langsung membantu pengusaha produk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) berstatus halal mempromosi produk mereka kepada pengguna sekali gus meningkatkan standard halal. “Bagaimanapun, program berkenaan masih di peringkat percubaan dan kami masih lagi dalam proses mengumpulkan statistik untuk mengenal pasti keperluan ikiosk di sesuatu lokasi. “Pada peringkat permulaan, HDC memilih beberapa lokasi seperti di Alamanda, Putrajaya dan Mydin USJ bertujuan untuk kesedaran halal kepada masyarakat dan peserta industri. “Sekiranya mendapat sambutan, cadangan ini diketengahkan kepada pihak kerajaan untuk pelaksanaan secara berperingkat,” katanya.


Mukhriz dalam ucapannya berkata, usaha sama HDC dan Mydin menganjurkan latihan halal untuk pengusaha dan pembekal Mydin jelas menunjukkan agensi kerajaan seperti HDC boleh bekerjasama.

Akta halal diwujudkan

SEREMBAN 29 Julai – Pemantauan serta penguatkuasaan berhubung soal penggunaan status halal di kalangan penjual serta pengeluar makanan di negara ini akan diperkemaskan menerusi kewujudan Akta Halal yang akan dibentangkan di Parlimen, Oktober depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom

berkata, akta baru itu telah selesai dibincang dan akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang sebelum ia dikuatkuasakan.

‘‘Akta Halal ini akan dibentangkan menerusi pindaan terhadap Akta Perihal Dagangan (APD) 1972 menerusi kajian, penelitian dan hasil pembentangan yang dijalankan bersama rakan saya, Datuk Seri Ismail Sabri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

‘‘Lanjutan daripada itu, kita akan mempunyai satu akta baru yang boleh berdiri secara sendiri dalam usaha memperkemas serta memantapkan penguatkuasaan dan proses perundangan bagi memantau soal halal di negara ini,” katanya.

Jamil berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Warisan Nabawi 2010 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, di sini hari ini.

Jelasnya lagi, penguatkuasaan serta tindakan bagi memantau penggunaan status halal diyakini dapat ditingkatkan menerusi struktur perundangan yang diwujudkan di bawah akta berkenaan.

‘‘Ini bermakna, dengan wujudnya akta ini, penguatkuasaan serta pemantauan terhadap premis perniagaan serta peniaga yang terlibat dengan pengusahaan berteraskan produk halal akan dapat dimantapkan.

‘‘Untuk itu, pihak saya akan menjalinkan kerjasama erat dengan KPDNKK termasuk Kementerian Kesihatan untuk mempergiatkan usaha bagi memastikan pihak terlibat mematuhi kriteria halal,”

‘‘Bahkan, saya juga telah mengarahkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk meneliti akta yang telah siap dibincangkan itu sebelum ia dibentangkan nanti,” ujarnya.

Dalam perkembangan berasingan, Jamil yang diminta mengulas berhubung penubuhan sekolah khas bagi menempatkan remaja hamil luar nikah memberitahu, langkah itu perlu dikaji dan dirumuskan melalui pandangan dari pelbagai pihak sebelum ia boleh dilaksanakan.

‘‘Bagi saya, kewajaran untuk menubuhkan sekolah ini tertakluk kepada rumusan yang dibuat dari kajian, penelitian dan pandangan semua pihak.

‘‘Ini kerana ada pihak yang bersetuju dan ada pihak yang tidak, maka kita perlu kumpulkan semua pandangan itu sebelum ia boleh dilaksanakan,” katanya.

Wednesday, July 28, 2010

Peluang di bulan Ramadan dan ketelusan

Saranan Salleh

SESIAPA saja akan berasa kagum membaca berita mengenai kira-kira 15,000 peniaga ingin berebut mendapatkan 400 tapak perniagaan bazar Ramadan di kawasan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Bayangkanlah begitu ramai yang berminat untuk berniaga pada bulan Ramadan.

Tentulah suatu persoalan yang timbul ialah apakah faktor yang bakal digunakan oleh mereka yang membuat keputusan untuk memberikan lesen kepada peniaga yang berjaya mendapatkan tapak tersebut.

Selain daripada kemampuan membayar yuran lesen yang saya jangka tidak begitu berat, apakah pengalaman berniaga diambil kira. Bagaimana pula kalau seseorang itu belum ada pengalaman tetapi ingin mencuba.

Atau penganugerahan akan diberikan berdasarkan jenis perniagaan atau makanan yang akan disediakan? Pada masa yang lalu, kita pernah terdengar cerita ada orang yang berkuasa memperoleh sampai 10 lesen dan lesen itu diberikan kepada sesiapa yang mampu membayar jumlah besar yang dikehendaki pemegang lesen tersebut.

Dalam kes sebegini tidak hairanlah kalau rasuah memainkan peranan. Sesiapa yang pernah berniaga di bulan Ramadan tentu sedar bahawa berniaga sepanjang bulan tersebut mendapat laba yang sama dengan berniaga satu tahun.

Jadi, kalau disuruh bayar ‘bawah meja’, banyak mana pun mungkin ramai yang sanggup kecuali mereka yang langsung menjauhkan diri daripada amalan tersebut. Ada baiknya undian siapa yang dapat ini dibuat secara telus dihadiri oleh juruaudit seperti Price Waterhouse yang boleh memantau perjalanan undian tersebut seperti yang pernah dilakukan untuk cabutan Tawaran Awal Awam untuk saham.

Setiap daripada 15,000 peniaga tersebut dikehendaki membayar misalnya cengkeram sebanyak RM1,000 untuk kebersihan kerana kawasan perniagaan perlu dijaga oleh mereka yang berniaga. Wang itu akan dipulangkan selepas tamat tempoh berniaga.

Yuran untuk lesen itu terpulanglah berapa jumlah yang wajar difikirkan munasabah untuk dikenakan. Sebaiknya yuran ini patut berbeza berdasarkan lokasi petak perniagaan. Maklumlah Jalan Raja Alang di Kampung Baru tentu lebih panas berbanding dengan lain-lain tempat seperti Kampung Pandan Dalam.

Untuk majlis pengundian tersebut, satu peta menunjukkan di mana petak-petak yang 400 ini terletak harus dipamerkan dengan diberikan nombor pengenalan masing-masing supaya semua yang berhajat boleh nampak kalau mereka terpilih.

Nama 15,000 orang tadi dimasukkan ke dalam tong dan diminta wakil-wakil pihak DBKL untuk mencabut setiap satu daripada 400 petak perniagaan tersebut.

Dengan cara ini, rasa saya barulah tidak ada tuduhan pilih kasih, orang itu mampu bayar dan sebagainya.

Seperkara lagi yang tidak kurang pentingnya ialah hanya mereka yang betul-betul berniaga saja yang patut diberikan lesen dan apabila sudah bermula, lawatan rambang untuk memastikan warung tidak digadaikan kepada orang lain.

Mereka yang didapati melakukan demikian wajar disenarai hitamkan. Maklumat penting yang utama dan wajib disimpan oleh pihak berkuasa ialah nama peniaga dan kad pengenalannya. Satu pangkalan maklumat boleh dibangunkan untuk rujukan masa depan. Kalau setiap kawasan, daerah, negeri mengikut proses pengundian sebegini, barulah adil kepada semua pihak.

Kita tahu untuk mendapatkan tempat berniaga pada bulan Ramadan terutama di kawasan-kawasan yang panas, orang dari kawasan tersebut wajar diberikan keutamaan supaya jangan sampai orang dari negeri lain pun nak merebut peluang orang tempatan.

Atau pun untuk memberikan juga peluang itu kepada orang luar, maka bayaran lesen yang lebih patut dikenakan. Kita tidak tahu berapa banyak di seluruh negara tapak-tapak berniaga yang dibuka untuk bulan Ramadan yang rasmi. Kita tahu selain daripada yang dikenakan lesen, banyak juga yang akan menjalankan perniagaan tanpa lesen.

Di sinilah pihak penguatkuasa perlu menjalankan rondaan kerana kalau ada yang patuh dengan undang-undang sanggup melalui proses pemilihan seperti diundi dan sebagainya, tiba-tiba ada orang itu boleh buka warung lemang dan rendang dekat sudut simpang jalan yang sibuk begitu saja hingga menyebabkan kesesakan trafik, mereka wajib disaman.

Misalnya di jalan raya MRR2, apabila hampir Syawal, jalan arah ke Taman Melawati akan sesak kerana ramai sangat peniaga yang tidak berlesen. Kita terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas yang begitu panjang. Selain daripada berebut tapak berniaga, syarat utama ialah kebersihan kawasan dan makanan yang disediakan.

Di setengah tempat, terdapat juga sukarelawan yang menjaga perjalanan kenderaan supaya pemandu tidak meletakkan kereta sesuka hati. Di kawasan seperti Shah Alam, warung-warung disediakan di kawasan letak kereta Stadium Shah Alam yang luas. Ia tidak menjadi masalah tetapi di kawasan-kawasan lain seperti Taman Cempaka, Ampang, memang selalu berlaku kesesakan.

Perkara penting yang perlu diakui ialah Ramadan memberikan peluang kepada peniaga. Lihat saja bayaran makanan yang dikenakan oleh hotel-hotel untuk berbuka puasa yang semakin tahun semakin tinggi. Berita akhbar yang pernah melaporkan hanya dua peratus daripada keseluruhan hotel di Kuala Lumpur menghidangkan makanan halal sungguh mengejutkan. Hotel dan kedai makan turut mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan di bulan Ramadan dengan pakej berbuka puasa yang bukan-bukan.

Saya rasa pihak berkuasa wajar memantau harga-harga yang dikenakan. Apakah setimpal dengan makanan yang dihidangkan? Amalan mengenakan harga yang bukan-bukan ini berleluasa dan patut diambil perhatian oleh pihak yang berkuasa.

Syarikat swasta proses permohonan sijil halal sebulan...ikhtiraf?

UALA LUMPUR 25 Julai - Bahtera Lagenda Sdn. Bhd. (BLSB) memberi jaminan bahawa ia mampu menyelesaikan proses pemberian status halal dalam tempoh selewat-lewatnya sebulan selepas permohonan diajukan kepada syarikat tersebut.

Pengarah Urusannya, Abdullah Fahim Ab. Rahman berkata, syarikat itu menyasarkan tempoh tersebut memandangkan permintaan untuk mendapatkan sijil halal oleh pengusaha makanan di negara ini semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Bagaimanapun katanya, ia bukan bererti pihaknya meluluskan semua permohonan secara sambil lewa kerana syarikat pengeluar status halal itu akan memastikan semua prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dipatuhi.

"Proses yang lebih mudah, cepat serta menepati hukum syariah ini diharap dapat menggalakkan lebih ramai pengusaha produk dan pemilik premis makanan dari kalangan bukan Islam tampil untuk mendapatkan sijil halal BLSB,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abdullah Fahim berkata, BLSB juga memastikan setiap pemohon mengisi borang yang antaranya mengkehendaki disenaraikan menu dan bahan yang akan digunakan dalam produk atau masakan.

"Selain itu kita turut memberikan khidmat untuk menerangkan secara terperinci mengenai kandungan bahan yang ditetapkan dalam Islam supaya pengusaha produk dapat mematuhi standard halal ini,'' katanya.

Abdullah Fahim berkata, penerangan ini penting supaya pengusaha makanan khususnya di kalangan bukan Islam tidak akan terkeliru dengan penggunaan bahan yang digunakan jika tidak diberi penjelasan secara terperinci.

Kata beliau, pihaknya kemudian akan mengunjungi premis atau pengusaha produk yang antara bagi memastikan bahan yang digunakan itu daripada punca yang halal.

"BLSB akan memastikan apa yang diisi di dalam borang itu adalah sama dengan apa yang kita lihat sewaktu lawatan tersebut supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan sebelum permohonan itu dibawa ke mesyuarat bagi pengeluaran sijil,'' katanya.

Beliau berkata, setakat ini BLSB yang ditubuhkan pada 2002 telah mengeluarkan lebih 1,000 sijil untuk produk makanan dan premis makanan di seluruh negara.

Abdullah Fahim berkata, pihaknya bukan sahaja menjalankan perkhidmatan mengeluarkan sijil halal di negara ini malah di sekitar negara Asia termasuk China.

Keluarkan juga sijil haram untuk restoran diragui

PRODUK halal dan haram sememangnya banyak di pasaran dewasa ini. Pihak kerajaan di bawah agensi dilantik sememangnya menjalankan tanggungjawab mereka dalam menentukan dan memberi pengiktirafan halal ini.

Mekanisme dan garis panduan juga telah ditetapkan cuma adakah pihak (peniaga/pengilang/pengeluar) berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan tersebut?

Saya mencadangkan agar agensi yang terbabit dengan proses mengeluarkan sijil halal ini proaktif melakukan siasatan berkala terhadap kopitiam, kedai kek, pengilang atau pengeluar tanpa menunggu permohonan.

Saya juga mencadangkan, jika premis/pengilang terbukti diragui kehalalan produknya, keluarkan sahaja sijil haram. Dengan ini, pihak pengguna Islam dengan mudah menjauhi premis terbabit. Sebagai contoh apabila kita mengunjungi pasar raya, ada seksyen yang menjual makanan dan minuman haram, dengan jelas telah terpampang perkataan makanan atau minuman haram sebagai panduan untuk pengguna Islam. Secara automatiknya pengguna Islam tahu dan akan menjauhi seksyen tersebut.

Dengan cara ini sekiranya kopitiam, pengilang atau pengeluar tidak rela diisytiharkan sebagai haram maka sudah tentunya mereka akan berusaha untuk mematuhi piawaian dan garis panduan ditetapkan dan agensi yang terbabit pula hendaklah tidak lepas tangan, selalulah melakukan pemantauan dan pemeriksaan agar tidak diperlekehkan dan dipermainkan.

MATT Melaka

Alasan pengusaha kopitiam

KUALA LUMPUR 26 Julai - Beberapa pengusaha kopitiam hari ini meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melonggarkan prosedur mendapatkan sijil halal yang ketika ini dianggap terlalu merumitkan.

Pemilik kopitiam Uncle Lim's Cafe, Datuk Goh Seng Toh turut mendakwa ramai pemilik kopitiam sukar mendapatkan kerjasama Jakim dalam berurusan bagi memperoleh sijil halal.

"Permohonan yang ditetapkan pihak Jakim melecehkan, pengusaha terpaksa mengisi butir-butir yang tidak munasabah di samping menyenaraikan setiap bahan yang digunakan.

"Contoh mudah adalah seperti gula dan juga belacan, sudah tentu pengusaha kopitiam mengambil bahan tersebut daripada pembekal yang diakui halal," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, Jakim seharusnya membantu memudahkan proses permohonan kerana ia melibatkan orang Islam yang semakin gemar berkunjung ke kopitiam.

"Disebabkan ketidakcekapan Jakim, kami mengambil keputusan untuk mendapatkan sijil halal daripada agensi swasta," jelasnya.

Pendapat yang sama turut dikongsi oleh Pengurus Operasi Kluang Station, Phun Jun Jin, yang mencadangkan Jakim menubuhkan satu jawatankuasa bagi memudahkan proses permohonan sijil halal melalui pemberian maklumat yang berkesan dan jelas.

"Jika pihak Jakim tidak memudahkan proses pemberian status halal ini, mungkin sampai bila-bila isu ini akan berlarutan," katanya.

Menurut Jun Jin, sebelum ini pihaknya menerima pelbagai tawaran daripada agensi swasta yang menawarkan sijil halal.

"Namun pihak kami enggan untuk mendapatkan sijil tersebut kerana tidak mahu menipu pelanggan menggunakan sijil halal yang tidak diiktiraf oleh kerajaan.

"Kami juga sukar untuk mendapatkan status halal Jakim kerana proses permohonan yang kurang jelas," katanya.

PappaRich cawangan Kepong ditutup

KUALA LUMPUR 26 Julai - Rangkaian kopitiam terkenal, PappaRich mengambil tindakan tegas menutup cawangannya di Kepong berkuat kuasa hari ini.

Eksekutif Bahagian Halal, Komunikasi Korporat PappaRich, Mohd. Nur Azrul Nordin berkata, keputusan tersebut dicapai hasil perjumpaan pihak ibu pejabat dan juga pemilik cawangan terbabit.

"Tindakan tersebut dilakukan setelah mengambil kira kepentingan umum dan juga nama baik syarikat.

"Buat masa ini, pihak kami akan menunggu laporan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenai kesahihan bekalan ayam yang diterima oleh cawangan itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jumaat lalu, premis terbabit diserbu Jakim kerana mendapatkan bekalan ayam daripada sebuah syarikat penyembelihan bukan Islam.

Ia terbongkar selepas pasukan penguat kuasa jabatan itu melakukan pemeriksaan di sebuah syarikat penyembelihan ayam bukan Islam yang tidak diiktiraf Jakim di Jinjang, Rabu lalu.

Dalam pemeriksaan itu, Jakim menemui sejumlah salinan invois urusan jual beli melibatkan kopitiam berkenaan.

Menurut Azrul, pihaknya juga akan memantau kesemua cawangannya di seluruh negara dari semasa ke semasa.

"Kami mengambil langkah berjaga-jaga dengan memantau segenap aspek bagi mengelak perkara ini daripada berulang.

"Malah, kami juga akan memastikan cawangan-cawangan yang lain memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh ibu pejabat," jelasnya.

Sementara itu, pihaknya masih lagi dalam proses mendapatkan sijil halal daripada Jakim bagi kesemua cawangannya menerusi badan penasihatnya, Halal Industry Development Corporation (HDC).

Menurut beliau, semua cawangan PappaRich lain tidak mempunyai masalah serta menjalankan perniagaan mengikut prosedur halal.

Berikutan itu, Azrul berharap orang ramai tidak ragu-ragu untuk berkunjung ke cawangan-cawangan PappaRich yang lain.

Laporkan sijil halal diragui

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 26 Julai - Umat Islam yang meragui sijil halal yang dipamerkan di kopitiam atau hotel bertaraf tiga bintang dan ke atas di negeri ini perlu melaporkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadot berkata, langkah itu penting bagi memastikan hak dan kepentingan masyarakat Islam terpelihara daripada perkara-perkara haram.

Bekas Mufti Johor itu menegaskan, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan perkara tersebut kerana ia mencemar syariat Islam yang sepatutnya diambil serius oleh semua pihak.

"Kita berjanji akan rahsiakan nama-nama pengadu. Sijil halal ini penting bagi umat Islam seperti sabda junjungan kita, Nabi Muhammad SAW, 'setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya'.

"Jadi pemilik restoran dan pihak pengurusan hotel perlu memahami sensiviti orang Islam yang amat menitikberatkan hal ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai sijil halal terutamanya membabitkan premis hotel-hotel di negeri ini yang berhasrat menyediakan jamuan berbuka puasa sepanjang Ramadan akan datang.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, pihaknya akan mengenakan denda lebih tinggi melebihi RM250,000 terhadap pengusaha restoran dan kopitiam yang menipu penggunaan logo halal.

Mengulas lanjut, Noh berkata, pihak JAIJ mempunyai pasukan dan jawatankuasa khas untuk memantau perkara tersebut dengan kerjasama dari kementerian berkenaan.

Setakat ini katanya, semua sijil halal yang dipamerkan di hotel negeri ini tidak perlu diragui tetapi beliau tetap menasihatkan umat Islam supaya sentiasa berhati-hati.

"Kalau merasa ragu-ragu tinggalkan atau laporkan segera kepada pihak bertanggungjawab. Bagaimanapun kita perlu bersangka baik (dengan sijil halal yang dipamerkan)," katanya.

Beliau mahu hukuman maksimum dikenakan terhadap mereka yang tidak mengambil berat dengan perkara itu sebagai satu bentuk pengajaran atau pendidikan kepada pengusaha restoran lain.

Kenapa penentuan halal, haram diswastakan?

Oleh KU SEMAN KU HUSSAIN
pengarang@utusan.com.my

NASIB baik tercetus isu sebahagian besar restoran kopitiam tidak mempunyai sijil halal, kerana di sebalik isu ini terbongkar satu isu lain yang sangat besar bagi umat Islam di negara ini. Kalau tanpa isu kopitiam, saya pasti kita semua tidak tahu bahawa di negara ini soal halal haram produk dan premis makanan dilakukan oleh pihak swasta.

Sekali lagi, pihak swasta menentukan halal dan haram sesebuah premis makanan di negara ini selain Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kopitiam yang tidak ada sijil halal sebenarnya tidak menjadi isu. Kalau pemilik kopitiam itu merasakan premis mereka belum layak untuk mendapat status halal, tidak perlulah ada pihak yang berteriak seolah-olah akan kebuluran tidak menjamah makanan atau minuman di kopitiam.

Tetapi yang menjadi isu apabila ada sesetengah restoran itu mendapat sijil daripada syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal.

Saya percaya enam syarikat yang mengeluarkan sijil halal itu tidak muncul secara magis. Syarikat itu tentulah diberi kuasa oleh pihak tertentu untuk mengeluarkan sijil halal. Maka syarikat tersebut yang didakwa tidak teliti sebelum mengeluarkan sijil halal merupakan kesalahan yang telah dilakukan oleh pihak yang memberi kebenaran.

Pihak berkenaan membiarkan syarikat-syarikat berkenaan layak menentukan taraf halal atau haram sesebuah premis dan produk makanan.

Persoalan yang memerlukan jawapan segera ialah kenapa pengeluaran sijil halal itu perlu diswastakan dan tidak dilakukan sendiri oleh Jakim? Memang Jakim juga mengeluarkan sijil halal tetapi pengusaha premis makanan ada pilihan untuk memilih Jakim atau syarikat swasta.

Adakah Jakim tidak mampu kerana permohonan terlalu banyak sehingga hal-hal yang sensitif bagi orang Islam pun diswastakan?

Daripada senario yang tersurat, sebarang penswastaan atau memberi tugas kepada pihak swasta adalah untuk mendapatkan kecekapan yang lebih berbanding dibuat oleh agensi atau jabatan kerajaan.

Jadi, adakah memberi kuasa kepada enam syarikat untuk mengeluarkan sijil halal ini kerana Jakim tidak cekap? Atau adakah kewujudan syarikat ini kerana Jakim begitu teliti sebelum mengeluarkan sijil halal tetapi kalau memohon kepada syarikat swasta 'tidak sukar' untuk mendapatkan sijil halal?

Apa yang tersirat pula, di manakah keseriusan kita terhadap perkara-perkara yang sensitif sehingga diambil remeh?Semua orang hendak tahu siapakah yang membenarkan syarikat swasta memiliki kuasa menentukan status haram halal itu? Kalau benar Jakim tidak mampu, setiap negeri mempunyai Majlis Agama Islam masing-masing.

Tentunya sijil yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam di semua negeri jauh lebih diyakini daripada syarikat yang seolah-olah 'mencetak' pamplet promosi barangan. Kenapa tugas besar bersangkutan dengan halal haram ini tidak diberikan kepada Majlis Agama Islam di negeri-negeri?

Pengarah Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar dalam Utusan Malaysia 26 Julai lalu berkata, hanya Jakim saja yang diiktiraf oleh kerajaan untuk mengeluarkan sijil halal di negara ini ketika ini. Beliau menegaskan, "Jakim mempunyai prosedur yang menepati hukum syarak sedangkan sijil dan logo halal yang dikeluarkan oleh syarikat swasta diragui statusnya."

Jakim sendiri meragui syarikat-syarikat swasta yang dilantik mengeluarkan sijil halal tetapi kenapa Jakim tidak bertindak ke atas syarikat -syarikat yang dianggap 'meragukan' dan tidak mencapai standard untuk menyekat syarikat berkenaan memberikan status yang salah dan orang Islam menganggap logo halal itu adalah halal?

Ironinya di negara ini, logo halal pun belum tentu halalnya kerana badan seperti Jakim yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam meragui sijil halal yang dikeluarkan oleh syarikat swasta. Sudah tentu syarikat-syarikat ini bukan dilantik oleh Jakim tetapi pihak mana lagi yang lebih berkuasa daripada Jakim?

Rakyat perlu diberitahu semua kekeliruan ini supaya mereka tidak menyalahkan Jakim. Rakyat juga ingin tahu adakah keperluan terlalu mendadak sehingga memaksa kerajaan memberi kuasa kepada pihak swasta menentukan soal produk dan premis halal atau haram bagi orang Islam di negara ini?

Jakim sendiri meragui standard syarikat-syarikat berkenaan kerana tidak membuat pemeriksaan secara menyeluruh dan ada permohonan dibuat dengan menelefon bertanyakan sama ada premis berkenaan terdapat alkohol atau daging babi. Tetapi Jakim membuat pemeriksaan menyeluruh sehingga ke tempat penyembelihan.

Apabila ada pihak yang menawarkan 'kemudahan' dan pihak Jakim pula mengenakan penelitian yang ketat, sudah tentulah pengusaha premis atau pengeluar produk makanan memilih yang mudah.

Maka kewujudan syarikat-syarikat berkenaan secara tidak langsung membuatkan pengusaha tidak memilih Jakim. Adakah ini dimahukan oleh pihak yang memberi kuasa kepada syarikat berkenaan?

Jangan permainkan umat Islam dengan logo halal

INDAAN Akta Perihal Dagangan 1972 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat Oktober ini akan menyaksikan hukuman lebih berat dikenakan terhadap pengusaha restoran dan kopitiam yang menipu penggunaan logo halal dalam menjalankan perniagaan mereka.

Denda mungkin melebihi RM250,000 berbanding hukuman sekarang iaitu RM100,000 terhadap individu dan RM250,000 terhadap syarikat serta masing-masing tiga tahun penjara dilihat agak rendah dan mampu dibayar oleh mereka yang terbabit.

Langkah terbaru itu sedikit sebanyak diharapkan memberi pengajaran kepada pengusaha agar tidak menyeleweng dalam perkara yang membabitkan halal haram yang sememangnya amat sensitif kepada pengguna Islam negara ini.

Pun begitu, pengalaman-pengalaman sebelum ini membuktikan walau setinggi mana pun nilai denda yang dikenakan dalam mana-mana akta yang melibatkan isu pengguna atau keselamatan orang ramai, kes-kes berkaitannya tetap akan meningkat. Contohnya, jenayah dan kemalangan jalan raya.

Sehubungan itu, ramai berpendapat, langkah menaikkan jumlah denda bukanlah satu penyelesaian muktamad dalam menangani penipuan logo halal.

Denda yang tinggi tidak memberi 'kudis' kepada pengusaha-pengusaha restoran dan kopitiam yang mempunyai banyak cawangan di seluruh negara kerana mampu membayarnya melalui keuntungan operasi mereka.

Jika yang menjadi isunya adalah pemberian sijil halal yang meragukan, mengapa tidak pengeluaran sijil itu diberikan hak eksklusif kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sahaja.

Sekiranya hanya Jakim yang diiktiraf oleh kerajaan sebagai pihak yang layak untuk mengeluarkan sijil halal di negara ini, maka kekeliruan yang timbul boleh diselesaikan.

Selama ini orang ramai keliru kerana pengusaha bebas memohon sijil itu daripada pihak swasta yang dikatakan boleh mengesahkan status halal dalam tempoh yang singkat.

Kerajaan digesa membuat pengumuman yang jelas, pihak mana yang patut diberi kuasa mengeluarkan sijil halal. Jika kerajaan yakin Jakim boleh dipertanggungjawabkan maka serahkan terus kuasa itu kepadanya.

Pengguna Islam sudah muak dipermain-mainkan oleh penggunaan sijil halal daripada pihak yang tidak bertauliah. Mereka juga mahu Jakim meningkatkan penguatkuasaan dengan sering melakukan pemeriksaan di restoran dan kopitiam untuk membanteras penipuan sijil halal.

Dalam pada itu, Jakim juga diminta menguruskan permohonan sijil halal dengan cekap dan cepat bagi mengelakkan pengusaha menipu untuk mendapatkannya.

Kelewatan dan prosedur yang rumit, boleh mengakibatkan pengusaha 'panjang akal' untuk menggunakan logo halal palsu sementara menunggu permohonan sijil halal mereka diluluskan.

Mana-mana restoran atau kopitiam yang melanggar peraturan perlu disenaraihitamkan dan tidak dibenarkan beroperasi.

Jakim perlu bertegas dan telus dengan menyenaraikan nama restoran dan kopitiam yang tidak mematuhi peraturan ini dalam laman web jabatan itu sebagai langkah pemberitahuan kepada pengguna-pengguna Islam supaya tidak mengunjungi premis berkenaan.

Sisi gelap kopitiam - logo asli tapi palsu

Waktu Solat
Laporan Cuaca
Berita Utama
Dalam Negeri
Wilayah
Laporan Khas
Parlimen
Politik
Luar Negara
Sukan
Bisnes
Mahkamah
Jenayah
Agama
Keluarga
Hiburan
Rancangan TV
Feminin
Pendidikan
Sains & Teknologi
Agrobiz
Kesihatan
Rekreasi
Polis & Tentera
Sastera
Rencana
Cuit
Selak
Awang Selamat
Kolumnis
Forum
Classifieds
Utusan Airtime
Portal Pendidikan
Kosmo! Online
Mangga Online
Saji Online
MyBooks
Kareer
Utusan Karya
Liga M 2010
PRK 2009
UMNO 2008
Pilihan Raya AS
Beijing 2008
Merdeka 2008
Euro 2008
MAHA 2008
PRU-12
Sharlinie
Salam Perantauan
RENCANA

ARKIB : 27/07/2010
Sisi gelap kopitiam - logo asli tapi palsu

ZULKEFLI HAMZAH

KOPITIAM - kopi (bahasa Melayu) dan tiam (bahasa Hokkien) - bukan lagi merujuk kepada kedai kopi tipikal sajian makanan Cina Malaysia.

Istilah kopitiam telah mengubah persepsi umum khususnya orang islam terhadap restoran Cina. ia menjadi gaya baru perniagaan restoran.

Kopitiam dan fenomena budaya kopi Starbucks dan The Coffee Bean & Tea Leaf menjadikan kedai kopi Cina tidak lagi tabu kepada orang Islam. Malah ia menjadi trend.

Kopitiam bukan sekadar minum kopi dan makan roti bakar beraroma disapu mentega dan kaya serta telur rebus. Makanan Barat, Melayu dan India juga disajikan.

Kopitiam sudah menjadi tempat santai untuk sarapan, makan tengah hari dan malam. Juga tempat lepak sehingga larut malam. Kopitiam yang ditata indah dan kreatif selain tarikan kemudahan Internet, menjadikannya seronok dikunjungi.

Jadi tidak hairanlah kopitiam telah menjadi cermin kemajmukan Malaysia. Kopitiam yang dikenal sekarang bukan lagi identiti restoran Cina dahulu. Ia sudah jadi milik bangsa Malaysia.

Mungkin sebab itu ada yang menyebutnya pseudo-kopitiam. Malah sudah banyak kopitiam yang dimiliki oleh orang Melayu. Disebut pseudo kerana kedai kopi jenis ini bukan lagi dalam bentuknya yang asal. Tapi ia bukan palsu. ia cuma bayangan kedai kopi Cina dahulu.

Tetapi walaupun ia berkembang sebagai restoran untuk semua rakyat Malaysia, rupanya masih ada sisi gelap. Sisi gelap yang semakin membuatkan pengguna berasa ragu. Sisi gelap yang semakin terungkap kerana gelojoh peniaga mengejar untung dan alasan birokrasi.

Sisi gelap itu ialah status halal haram makanan di kopitiam - isu sensitif bagi umat Islam. Sehingga kini isu ini belum dapat diurus secara efektif. Ada kesenjangan ketara antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pengusaha kopitiam.

Setakat ini, Jakim sahaja yang diiktiraf kerajaan untuk mengeluarkan sijil halal. Alasannya prosedur Jakim menepati hukum syarak sedangkan yang dikeluarkan oleh swasta diragui statusnya.

Pengusaha pula melihat syarat yang dikenakan oleh Jakim sangat sukar dan melecehkan. Malah ada yang menganggap butiran maklumat yang diperlukan tidak munasabah. Jakim juga dituduh tidak cekap dan lambat menguruskan sijil halal.

Dan pendedahan terbaru Jakim memang mengejutkan. Ia mengesahkan desas-desus dan dakwaan berkait halal haram makanan di kopitiam.

Menurut Jakim, penyediaan makanan berasaskan daging di hampir semua kopitiam diragui status halalnya. Ini bukan lagi hipotesis. Tetapi temuan hasil serbuan dan siasatan Jakim.

Mengejutkan sekaligus menakutkan. Ada pengusaha kopitiam didapati memperoleh sijil halal hanya dengan temu bual melalui telefon oleh syarikat swasta yang mengeluarkannya.

Restoran tidak diperiksa. Jauh sekali untuk menyiasat dan memeriksa pusat penyembelihan dan status bekalan dagingnya. Cuma ditanya antaranya, ada alkohol atau tidak. Ada disajikan daging babi atau sebaliknya.

Temuan Jakim hasil pemeriksaan sebuah syarikat penyembelihan bukan Islam Rabu lalu yang didapati membekalkan daging ayam kepada cawangan PappaRich di Kepong adalah petunjuk penting. Mungkin ada banyak lagi kopitiam menggunakan bahan yang diragui statusnya.

Rangkaian PappaRich kemudian mengakui urusan pembelian ayam itu dilakukan tanpa pengetahuan dan persetujuan ibu pejabat PappaRich. Alasannya seperti dinyatakan oleh Eksekutif Bahagian Halal, Komunikasi Korporatnya, Mohd. Nur Azrul Nordin, bekalan daging ayam telah habis dan pihak pengurusan mendapatkannya daripada pembekal lain.

Mudahnya alasan mereka. Sensitiviti pelanggan beragama Islam tidak dihormati mahupun diutamakan. Apatah lagi, restoran ini mempunyai logo halal daripada sebuah syarikat swasta.

Jika benarlah alasan itu, kopitiam ini nampaknya cuba membohongi pelanggan. Ia satu tindakan amat serius. PappaRich harus menyiasatnya. Tindakan tegas harus diambil. Bukan sahaja demi imej PappaRich tetapi kopitiam keseluruhannya.

Tentu saja pengguna tidak mahu sisi gelap kopitiam ini terus bersemayam tanpa ada jalan penyelesaian. Kita juga sudah jemu dengan penipuan logo halal asli tapi palsu. Logo yang mengkhianati kepercayaan pelanggan.

Kesenjangan antara Jakim dan pengusaha perlu diselesaikan segera dalam suasana menang-menang. Pengusaha tidak memandang remeh persyaratan sijil halal dan pada masa sama Jakim memahami keperluan pengusaha kopitiam.

Sebenarnya semua harapan itu telah menjadi klise, Isu logo halal haram di restoran telah lama dibangkitkan. Tetapi sehingga kini masih bertarik tali.

Sebab itu, begitu penting pengguna menggunakan kuasa mereka untuk hanya memilih kopitiam yang sahih status halalnya. Penggunalah yang sebenarnya menentukan agar sisi hitam ini tidak terus bersemayam.

Senarai hitam restoran dan kopitiam tipu logo halal

POH 26 Julai - Persatuan Pengguna Perak (PCA) menggesa kerajaan supaya menyenaraihitam pengusaha restoran dan kopitiam yang didapati menipu penggunaan logo halal di premis mereka.

Naib Presiden PCA, Othman Yunus berkata, tindakan tegas itu perlu bagi mengelakkan lebih banyak pengusaha restoran dan kopitiam bersikap sambil lewa dan mengulangi kesalahan sama.

Sambil menyokong denda melebihi RM250,000 yang bakal dikenakan kepada pengusaha terlibat katanya, langkah menyenarai hitam lebih menampakkan kesan dalam usaha kerajaan menangani isu tersebut.

"Perkara yang perlu difikirkan sekarang ini adalah kalau setakat denda atau perniagaan disita, mereka (pengusaha restoran dan kopitiam) pandang sebelah mata sahaja.

"Selepas bayar denda, mereka boleh buka kembali perniagaan dan mungkin menggunakan nama lain. Jadi isu ini tidak akan selesai," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pindaan Akta Perihal Dagangan 1972 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat Oktober ini dan bakal menyaksikan hukuman lebih berat dikenakan terhadap pengusaha terlibat.

Melalui pindaan tersebut, pengusaha restoran dan kopitiam yang didapati menipu penggunaan logo halal dalam menjalankan perniagaan mereka akan didenda melebihi RM250,000.

Menurut Othman, selain tindakan terbabit, Jabatan Agama Islam juga perlu memainkan peranan lebih aktif memantau fenomena tersebut agar tidak timbul keraguan di kalangan pengguna.

"Minggu lepas sahaja, 32 laporan dibuat oleh pengguna kepada PCA yang meragui kesahihan logo halal di beberapa premis di bandar raya ini kerana sekadar meletakkan logo halal yang difotostat.

"PCA hanya boleh menerima laporan dan menjalankan pemantauan. Tugas sebenarnya terletak di tangan Jabatan Agama Islam kerana ia adalah bidang kuasa mereka," katanya.

Pada masa sama, beliau turut menasihati pengguna di negeri ini agar tidak terus mengunjungi mana-mana premis makanan yang menggaji tenaga kerja beragama Islam.

Ini kerana, katanya, langkah menggaji pekerja Islam adalah taktik terbaru pengusaha restoran dan kopitiam untuk menarik pelanggan Melayu.

"Kita dapati kebanyakan pelanggan Melayu yang mudah tertipu dengan taktik baru ini. Asalkan sahaja nampak pelayan premis terbabit memakai tudung atau Melayu, mereka terus masuk.

"Walaupun premis tersebut tidak ada logo halal, mereka tetap masuk kerana percaya dengan pelayan yang bekerja. Masalahnya, tukang masak di dapur tidak semestinya orang Islam," katanya.

Tutup hingga patuhi piawaian halal

Oleh SHARILFUDDIN SAARI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 Julai - Tindakan pihak pengurusan rangkaian kopitiam terkenal, PappaRich menutup cawangannya di Kepong, semalam sehingga pihak syarikat berpuas hati dengan pematuhan piawaian halal ditetapkan.

Eksekutif Bahagian Halal, Komunikasi Korporatnya, Mohd. Nur Azrul Nordin berkata, pada masa ini, kopitiam francais milik syarikat tersebut telah diambil alih pihak korporat PappaRich.

Katanya, pihaknya turut telah mengubah suai struktur operasi kopitiam tersebut daripada pembelian sehingga penyediaan makanannya.

"Syarikat sama sekali tidak berkompromi dan memandang remeh dalam isu halal. Kita juga sedang memantau secara dekat, semua 40 rangkaian kopitiam PappaRich lain.

"Saya juga menafikan pihak korporat PappaRich menyedari dan membenarkan restoran francais miliknya itu mendapatkan sumber makanan daripada pihak tidak diiktiraf Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan pihaknya menutup sementara operasi cawangan PappaRich di Kepong berkuat kuasa semalam kerana timbul keraguan terhadap operasi dijalankan pihak kopitiam itu.

Jumaat lalu, cawangan tersebut telah diserbu selepas Jakim menemui sejumlah salinan invois urusan jual beli ketika melakukan pemeriksaan di sebuah syarikat penyembelihan ayam bukan Islam yang tidak diiktiraf jabatan itu di Jinjang, Rabu lalu.

Mohd. Nur Azrul turut menjelaskan, pihak PappaRich mempunyai senarai lengkap pembekal bahan mentah yang diiktiraf oleh pihak PappaRich untuk semua rangkaian kopitiam mereka di seluruh negara.

"Operasi mereka juga tidak terjejas kerana didapati mematuhi piawaian halal ditetapkan," ujar beliau.

Mengenai siasatan Jakim terhadap cawangannya di Kepong, beliau berkata, pihaknya sentiasa berhubung rapat dengan pegawai di jabatan itu dan sedang menunggu keputusan pihak terbabit.

Denda tak pamer sijil, logo halal akan dinaikkan

KUALA LUMPUR 27 Julai – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan meminda Akta Perihal Dagangan 1972 bagi menaikkan kadar denda kepada individu atau syarikat korporat yang gagal mempamerkan sijil dan logo halal yang sah.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pindaan itu dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat Oktober ini bagi membolehkan ia dikuatkuasakan bermula awal tahun depan.

Menurutnya, dalam cadangan ini, individu dan syarikat yang didapati bersalah akan didenda RM100,000 dan RM250,000 beserta tiga tahun penjara.

“Bagi kesalahan kali kedua, kadar denda akan dinaikkan kepada RM500,000 untuk individu dan RM1 juta kepada syarikat korporat dengan lima tahun penjara.

“Manakala bagi kesalahan seterusnya, mereka akan dikenakan denda sebanyak RM1 juta dan RM5 juta bersama 10 tahun penjara,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan projek perumahan Casabella@Grandville di sini hari ini.

Dalam laporan Utusan Malaysia hari ini, Ismail Sabri menyatakan hanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhak mengeluarkan sijil halal apabila akta tersebut dipinda tidak lama lagi.

Tambah Ismail Sabri, piawaian halal bukan hanya berkaitan makanan sahaja sebaliknya meliputi produk kecantikan wanita.

“Isu halal ini tidak boleh diambil mudah. Ia melibatkan aspek agama. Justeru, saya mahu semua pihak termasuk pengusaha restoran dan pengguna mengambil serius hal ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengharapkan pihak Jakim mengambil berat segala rungutan pemohon termasuk kesukaran dan kelewatan proses mendapatkannya.

“Bagaimanapun orang ramai perlu tahu, proses pemberian sijil dan logo halal bukan mudah.

“Ia perlu dipastikan menepati piawaian halal dengan maksud yang sebenar, bukan dengan melalui panggilan telefon sahaja,” jelasnya.

Prosedur mohon sijil halal tidak akan dilonggarkan

KUALA LUMPUR 27 Julai - Kerajaan tidak akan melonggarkan prosedur sedia ada bagi mendapatkan sijil halal walaupun beberapa pengusaha kopitiam mendakwa peraturan tersebut merumitkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, tiada sebab untuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melonggar prosedur yang ditetapkan kerana soal halal adalah tuntutan agama.

"Ini bukan soal remeh-temeh, ini prosedur. Kita tidak mahu Jakim menipu rakyat dan agama jika kita bagi sijil tetapi syarikat itu tidak memenuhi syarat yang ditetapkan. Ini kewajipan, samalah kalau nak dapatkan ISO 2000, kena memenuhi kriteria prosedur ISO.

"Bila kita menyebut halal, ia bermaksud tidak boleh ada satu peratus pun perkara yang tidak halal. Dalam isu ini, semua sekali perlu dipastikan halal barulah sijil boleh dikeluarkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan beberapa pengusaha kopitiam supaya prosedur sedia ada dalam memohon sijil halal dipermudahkan.

Terdahulu beliau merasmikan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) berhubung cadangan penubuhan Organisasi Zakat Antarabangsa (IZO), di sini hari ini.

Dalam pada itu Jamil Khir menempelak para pengusaha yang mengambil jalan mudah dengan mendapatkan sijil 'halal' daripada syarikat swasta, tetapi apabila masyarakat Islam hilang keyakinan, pihak berkuasa pula yang hendak dipersalahkan.

Katanya, Jakim tidak pernah mengiktiraf mana-mana syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal kerana mereka berasaskan keuntungan, berbeza dengan organisasi itu serta jabatan agama Islam negeri yang berorientasikan tuntutan agama.

"Sebab itu bila mereka pergi kepada syarikat swasta dan kemudian tengok apa yang berlaku? Syarikat swasta memang bagi sijil tetapi akhirnya ayam pun tidak disembelih, jadi adakah itu yang kita hendak?" katanya.

"Saya nak tekankan di sini, orang yang keluarkan sijil tetapi akhirnya menyebabkan keyakinan masyarakat Islam hilang, kedua-dua pihak bertanggungjawab (syarikat swasta dan pengusaha). Ini bukan lagi soal remeh-temeh tetapi menipu orang," jelasnya.

Sementara itu, mengenai cubaan untuk menghidupkan semula pergerakan Al-Arqam oleh isteri kedua Asaari Mohamad, Hatijah Aam melalui ajaran sesat Ummu Jah, beliau berkata, pihak Jakim dan jabatan agama Islam negeri sedang memantau dengan rapi perkara itu.

Ditanya sama ada Jakim akan menahan Hatijah dalam dalam masa terdekat, Jamil Khir memberitahu, pihaknya memerlukan masa bagi mengumpul segala bukti sebelum tindakan perundangan dapat diambil.
utusan malaysia

JAIP kuat kuasa larangan swasta keluar sijil halal

KUANTAN 27 Julai - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) akan menguatkuasakan larangan menghalang mana-mana pihak termasuk syarikat swasta daripada mengeluarkan sijil halal kepada premis makanan dan pengilang produk makanan di negeri ini.

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal JAIP, Noridzuan Abdul Manan berkata, larangan ini akan dikuatkuasakan dalam masa terdekat selepas pihaknya mengesan terdapat lebih 20 premis makanan dan pengilang produk makanan di negeri ini mendapatkan sijil halal daripada pihak berkenaan.

"Kami telah mengenal pasti tiga syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal yang tidak diiktiraf yang boleh didapati hanya dalam masa sehari sahaja," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bufet Halal Ramadan di Suria Cerating Resort, di sini semalam.

Hadir sama, Pengurus Suria Cerating Resort, Shahrul Nizam Othman.

Beliau mengulas masalah kekeliruan dan ketidakyakinan pelanggan terhadap logo halal yang dikeluarkan oleh syarikat swasta untuk pelbagai jenis produk makanan dan restoran sejak kebelakangan ini.

Baru-baru ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebuah kopitiam terkenal di Kuala Lumpur yang diserbu Jakim Jumaat lalu, boleh didenda sehingga RM100,000 jika didapati bersalah melakukan penipuan berhubung penggunaan logo halal.

Kopitiam yang mendapat sijil halal daripada syarikat swasta itu diserbu Jakim selepas dipercayai mendapat bekalan daging ayam daripada sebuah syarikat penyembelihan bukan Islam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, proses yang cepat dan mudah menyebabkan ramai pengusaha premis lebih senang mendapatkan sijil halal daripada pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

"Pihak berkenaan mengeluarkan sijil halal dalam tempoh singkat iaitu sehari berbanding melalui JAIP yang mengambil tempoh sebulan hingga dua bulan.

"Bagaimanapun, tempoh yang lama diambil oleh JAIP adalah bagi memastikan setiap aspek harus menepati klasifikasi halal yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata, arahan yang bakal digariskan itu termaktub dalam Enakmen Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang manakala pihak yang melanggar arahan tersebut akan dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Memperkasa Jakim atasi isu kopitiam

ABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu diperkasakan saiz penguat kuasanya sekurang-kurangnya sama dengan beberapa agensi kerajaan lain supaya ia tidak mengelirukan rakyat atau dilihat boleh dipermainkan oleh pihak tertentu, khususnya para pengusaha kopitiam dan restoran bersabit penggunaan logo halal.

Biarpun tidak sekuat atau sebesar jumlah anggota pasukan polis, jika boleh anggota Jakim setanding dengan beberapa agensi penguat kuasa lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Imigresen dan Kastam.

Isu ini lebih mengelirukan bila dilaporkan terdapat pihak swasta turut mengeluarkan logo halal walaupun beberapa kali ditegaskan hanya Jakim diberi kuasa mengeluarkan lesen dan sijil halal, di samping pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Negeri.

Agak mengelirukan apabila sebuah jabatan kerajaan mengeluarkan lesen atau sijil halal yang juga dikeluarkan oleh pihak swasta seperti dilaporkan. Kejadian ini mungkin tidak berlaku kepada jabatan atau pihak penguat kuasa lain.

Jakim seolah-olah dipermain-mainkan dengan sering timbulnya isu penyalahgunaan 'logo halal' sejak sekian lama sebelum timbul isu kopitiam sekarang.

Ini kerana tanggungjawab Jakim bukan sahaja mengeluarkan lesen atau sijil halal, malah meliputi banyak bidang lain termasuk industri makanan, hotel-hotel yang berselerak di semua bandar di seluruh negara dan peniaga -peniaga di pelbagai pasar termasuk pasar raya yang menjual ayam, daging, arnab, kambing dan lembu yang perlu diperiksa dan dipastikan halal haramnya.

Dengan bilangan anggota yang amat terhad, khabarnya kira-kira 400 orang saja, tentunya sukar bagi Jakim memastikan penggunaan logo halal ini dipatuhi. Ia sekali gus boleh menyebabkan umat Islam merasa was-was untuk mengunjungi premis-premis kopitiam yang menjadi trend dan kesukaan ramai kebelakangan ini.

Keperluan memperbesarkan institusi Jakim dilihat lebih mendesak melalui langkah kerajaan mempelopori dan menawarkan Malaysia sebagai hab halal dunia yang tentunya memerlukan tambahan berganda bilangan kakitangan dan penguat kuasanya.

Tanpa mempersoalkan kedudukan Jakim yang telah mendapat pengiktirafan dunia di samping pegawai-pegawai yang dikatakan amat berdedikasi, orang ramai khususnya umat Islam masih merasakan jumlah kakitangan termasuk para pegawai penguat kuasa Jakim yang ada tidak sepadan atau mencukupi dengan beban tugas dipikul, di samping liputan tanggungjawab amat luas dan kompleks yang diamanahkan kepadanya.

Selain kemungkinan mengadakan cawangan di peringkat negeri dan daerah untuk mengadakan perkhidmatan yang lebih besar dan menyeluruh, sebagai langkah permulaan proses memperkasa Jakim adalah dengan menempatkan pegawai penguat kuasa di Jabatan Agama Islam negeri-negeri bagi membendung penyalahgunaan logo halal.

Di samping mengharapkan kerjasama semua pihak, Jakim sepatutnya telah lama bertindak memberi kesedaran dan pengajaran tentang memahami erti sebenar selok-belok halal haram di sisi Islam, bukan sekadar penggunaan logo halal semata-mata kepada masyarakat peniaga bukan Islam.

MAT PIAH TEH DERIS

Seri Kembangan, Selangor

Mengapa terus kunjung kopitiam

IKA sebelum ini, umat Islam digemparkan dengan insiden pasar raya besar menjual ayam yang tidak disembelih dengan sempurna, kini sekali lagi umat Islam digemparkan dengan sajian yang tidak halal oleh kebanyakan kopitiam.

Jelas terpapar dalam direktori www.halal.gov.my hanya dua kopitiam sahaja yang diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Justeru, apakah status makanan yang dimakan oleh umat Islam di kopitiam lain?

Sebelum kewujudan kopitiam, umat Islam lebih selesa makan dan minum di kedai-kedai makan orang Melayu Islam dan restoran-restoran mamak. Mereka menikmati makanan tanpa rasa was-was akan halalnya.

Walaupun pelbagai pihak mempersoalkan status halal dan haram makanan yang disediakan oleh kopitiam-kopitiam ini, namun majoriti masyarakat Islam tidak mengendahkannya. Jakim yang turut menyediakan kemudahan menyemak status halal sesebuah kopitiam di laman webnya, tetapi masyarakat Islam lebih percayakan pemilik-pemilik kopitiam yang meletakkan pelekat halal 'yang haram' serta mengupah anak muda Melayu sebagai pekerja mereka.

Sedarlah, bahan mentah terutama daging ayam diperolehi daripada pembekal bukan Islam malahan terdapat kopitiam yang turut menyajikan makanan haiwan eksotik seperti katak yang dilaporkan oleh media massa baru-baru ini. Namun masyarakat Islam terus tidak memandang berat insiden tersebut kerana dikelabui oleh status elit yang dibawa oleh kopitiam.

Jika masyarakat Islam masih menganggap isu halal haram kopitiam sebagai remeh, lihat pula dari sudut bagaimana kopitiam ini sebenarnya secara perlahan-lahan membunuh kedai makan Melayu di bandar-bandar.

Majoriti orang Melayu tidak akan makan dan minum di kedai kopi orang Cina kerana meragui status halalnya tetapi orang Melayu tidak menolak kopitiam. Maka berduyun- duyunlah masyarakat Islam memenuhi kopitiam terutama dari kalangan teknokrat dan korporat Melayu.

Apa pun, yang lebih penting ialah bagaimana masyarakat Islam perlu bersatu menolak kopitiam yang tanpa segan silu terus menyajikan makanan tidak halal kerana mereka anggap masyarakat Islam sendiri sudah tidak mementingkan halal atau haram sesuatu makanan.

Jika kita kasihankan generasi muda Islam yang akan rosak jiwanya kerana terus menikmati makanan tidak halal yang menjadi darah daging mereka, kita harus bertindak "mengajar" kopitiam seluruh negara agar menghormati kedudukan halal makanan orang Islam!

NORHISYAM MOHAMAD

Kota Sarang Semut, Kedah

Jakim Tambah Jawatan Selaras Mengeluarkan Sijil Dan Logo Halal

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menambah 104 jawatan baru termasuk pakar teknologi makanan, bioteknologi, kimia dan pakar rujuk selaras dengan tanggungjawabnya mengeluarkan sijil dan logo halal.

Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata usaha ini adalah selaras dengan tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang sedang meminda Akta Perihal Dagangan 1972 bagi memberi kuasa kepada Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri sahaja mengeluarkan sijil dan logo halal.

Jawatan baru itu merupakan tambahan daripada 152 jawatan sedia ada, katanya pada sidang media di sini Rabu.

Beliau yang menyambut baik usaha kementerian itu menghadkan kuasa pengeluaran sijil dan logo halal, berkata tindakan kementerian tersebut akan dapat menghentikan kuasa "pengiktirafan sendiri" di mana banyak pihak boleh mengeluarkan sijil sendiri.

"Ini tentulah tidak molek jika berlaku dalam industri besar," katanya dan menambah pihaknya akan mendapatkan kerjasama Jabatan Peguam Negara bagi meneliti dan memperkukuhkan undang-undang yang bersesuaian dengan pensijilan halal yang dijalankan oleh kedua-dua jabatan tersebut.

Pada Ahad lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Jabatan Peguam Negara pada peringkat akhir menyiapkan pindaan akta itu yang dijangka dapat dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat Oktober ini.

Mengenai isu sijil halal hotel-hotel terkemuka, Wan Mohamed berkata terdapat peningkatan permohonnan menjelang bulan Ramadan dan ia adalah tindakan yang baik hasil daripada dialog antara Jakim dan persatuan hotel.

Beliau berkata Jakim menawarkan pengeluaran sijil dan logo halal dalam tempoh yang lebih singkat kepada hotel-hotel menjelang Ramadan ini dan bagaimanapun ia masih tertakluk kepada standard prosedur operasi jabatan itu.



-- BERNAMA

Sunday, July 25, 2010

PENARIKAN SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA HOTEL GRAND SEASON, KUALA LUMPUR

Dimaklumkan Panel Pengesahan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang bersidang pada 30 Jun 2010 telah mengambil keputusan MENARIK BALIK Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang telah diberikan kepada Hotel Grand Season, Kuala Lumpur kerana telah melanggar piawaian "MANUAL PROSEDUR PENSIJILAN HALAL MALAYSIA" berkuatkuasa serta merta.
PENARIKAN SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA HOTEL GRAND SEASON, KUALA LUMPU

Tidak sedar sijil halal penting



KUALA LUMPUR - Hotel-hotel bertaraf lima bintang yang dimiliki oleh pengusaha bukan Islam didakwa memiliki kesedaran yang minimum terhadap kepentingan untuk mendapatkan sijil halal bagi dapur mereka.

Pengarah Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Saimah Mukhtar berkata, faktor itu merupakan penyebab nisbah hotel yang memiliki sijil halal ketika ini terlalu kecil berbanding jumlah keseluruhan hotel di negara ini.

"Kebanyakan hotel lima bintang dimiliki oleh bukan Islam dan golongan itu biasanya kurang sedar kepentingan yang boleh mereka dapat dengan memiliki sijil halal.

"Jadi ini antara 'tembok-tembok' yang perlu dipecahkan bagi menyedarkan pengusaha hotel bukan beragama Islam tentang kepentingan sebenar mendapatkan sijil halal Jakim," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Kosmo! kelmarin melaporkan hanya 32 daripada 2,360 buah hotel di seluruh negara yang mempunyai sijil halal dan ekoran itu Jakim akan mempercepatkan proses permohonan sijil berkenaan di kalangan pengusaha hotel yang berbuat demikian sebelum bulan Ramadan bermula....harian kosmo..

Hanya JAKIM, JAIN keluar sijil halal

Pindaan Akta Perihal Dagangan 1972 cadangkan hukuman lebih berat pihak ingkar

KUALA LUMPUR: Premis perniagaan yang menggunakan sijil halal selain dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bakal berdepan hukuman dua atau tiga kali ganda lebih berat berbanding hukuman sedia ada apabila pindaan Akta Perihal Dagangan 1972 dibawa ke Parlimen, Oktober depan.

Peruntukan sedia ada akta berkenaan bagi kesalahan penipuan sijil dan logo halal menetapkan denda maksimum RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali bagi individu, manakala bagi syarikat denda maksimum RM250,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya.

Saturday, July 24, 2010

Sijil halal segera hotel



PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mempercepatkan proses permohonan sijil halal di kalangan pengusaha hotel yang berbuat demikian sebelum bulan Ramadan bermula.

Langkah itu diambil selepas rekod Jakim sehingga semalam mendapati hanya 63 buah dapur di 32 hotel daripada 2,360 buah hotel di seluruh negara mempunyai Sijil Halal Malaysia.

Daripada 32 hotel itu pula, lapan daripadanya bertaraf lima bintang manakala sembilan bertaraf empat bintang.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, langkah itu dibuat bagi menggalakkan lebih ramai pengusaha hotel di negara ini memohon sijil halal sama ada menerusi Jakim atau jabatan agama Islam negeri.

"Memandangkan bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi, pasti banyak majlis berbuka puasa akan diadakan di hotel-hotel. Jakim akan menyediakan pegawai khusus untuk memproses permohonan sijil halal itu tanpa pihak hotel perlu mengikut giliran," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sehubungan itu, Wan Mohamad berkata, Jakim bersama Perbadanan Pembangunan Industri Halal dan Persatuan Hotel Malaysia kini giat menganjurkan kursus kesedaran kepada para pengusaha hotel.

"Melalui kerjasama ini pengusaha hotel diharap akan memandang serius mengenai sijil halal itu," katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar memberi jaminan akan memproses semua permohonan sijil halal dalam tempoh kurang daripada dua minggu.

Bagaimanapun, katanya, ia bergantung kepada jumlah permohonan yang diterima pada satu-satu masa selain permohonan perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

"Permohonan yang diterima awal akan segera diproses oleh pegawai yang bertanggungjawab menjalankan proses pengauditan dan jika dapur hotel itu mencapai piawaian yang ditetapkan, sijil halal akan terus dikeluarkan.

"Kita memang memberi keutamaan kepada permohonan yang dibuat oleh pengusaha hotel sejak dari dulu lagi sebab kita mahu mereka mempunyai pensijilan halal yang sah," ujarnya ketika dihubungi semalam.

Menurut Saimah, setakat semalam tidak ada permohonan yang menunggu giliran kerana semua permohonan sudah menjalani proses pemeriksaan dan sudah diaudit

Kopitiam diserbu






KUALA LUMPUR 23 Julai – Sebuah kopitiam terkenal di sini, diserbu oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selepas dipercayai mendapatkan bekalan daging ayam daripada sebuah syarikat penyembelihan bukan Islam.

Ia terbongkar selepas pasukan penguat kuasa jabatan itu melakukan pemeriksaan di sebuah syarikat penyembelihan ayam bukan Islam yang tidak diiktiraf Jakim di Jinjang, Rabu lalu.

Dalam pemeriksaan itu, Jakim menemui sejumlah salinan invois urusan jual beli melibatkan kopitiam berkenaan.

Kopitiam tersebut mempunyai sijil halal yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat swasta.

Turut ditemui di pusat penyembelihan itu adalah invois tertulis nama orang Islam dipercayai turut berurusan mendapatkan bekalan ayam daripada syarikat berkenaan.

Berikutan penemuan itu, pasukan sama diketuai Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Jakim, Mohd. Amri Abdullah melakukan pemeriksaan balas di kopitiam tersebut.

Malangnya, invois pembelian ayam yang sepatutnya disimpan tiada di premis berkenaan sebaliknya hanya catatan pembelian dalam sebuah buku log.

Mohd. Amri berkata, dalam pemeriksaan pada pukul 10.30 pagi, pihaknya gagal mendapatkan bukti mengaitkan kopitiam itu mendapatkan bekalan ayam daripada pusat penyembelihan terbabit.

“Kita telah periksa, tetapi tidak menemui salinan invois sama seperti ditemui di pusat penyembelihan itu.

“Namun ia ditulis dalam buku log yang mencatatkan urusan pembelian ayam dari syarikat penyembelihan itu.

“Oleh itu kita akan meminta syarikat berkenaan supaya membawa semua dokumen berkenaan ke pejabat untuk disiasat selepas ini,” katanya ketika ditemui di kopitiam tersebut di sini hari ini.

Mohd. Amri menambah, logo halal yang tertera di hadapan premis itu didapati bukan daripada Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri sebaliknya sebuah syarikat swasta.

Berikutan itu, beliau menasihatkan orang ramai yang ingin menjamu selera di kopitiam atau mana-mana restoran supaya tidak terpedaya dengan logo halal berkenaan kerana tidak diiktiraf.

“Kita akan meneruskan pemeriksaan terhadap kopitiam seperti itu dan ia akan diperhebatkan lagi ketika bulan Ramadan nanti,” ujarnya.

Sementara itu, jurucakap kopitiam tersebut yang dikenali sebagai Karens ketika dihubungi menafikan dakwaan berkenaan dan enggan mengulas lanjut

Pengusaha hotel wajar dapatkan sijil halal-Muhyiddin

KUALA LUMPUR 24 Julai - Adalah baik bagi pengusaha hotel yang mempromosi pelbagai juadah di bulan Ramadan agar memohon dan mematuhi sijil halal supaya tidak menimbulkan sebarang syak wasangka di kalangan umat Islam, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata, nasihat Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Wan Mohammad Sheikh Abdul Aziz semalam perlu diberi perhatian pengusaha, baik hotel atau restoran.

"Kalau hotel, ia mesti asingkan dia punya kitchen (dapur) yang halal dan kitchen yang bukan halal. Kalau itu dibuat barulah tidak timbul prasangkan

bahawa ini tidak halal. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan banyak hotel ambil kesempatan mempromosi makanan.

"Jadi untuk mengelak itu (prasangka) saya fikir elok mereka bukan saja mohon kepada Jakim tapi mereka harus patuh. Kalau sudah halal dia mesti comply (patuh) dan kalau belum halal kena pohon sijil halal," katanya mengulas kenyataan Wan

Mohammad itu.

Wan Mohammad berkata, Jakim menggalakkan pengusaha hotel memohon sijil halal sebelum Ramadan ini bagi menjamin keselesaan umat Islam berbuka puasa di premis mereka.

"(Adalah baik) bukan sahaja waktu musim puasa tapi sepanjang masa. Kalau mereka kata produk dan makanan yang mereka masak itu halal...dia mesti ada sijil itu yang dikeluar oleh Jakim yang mengesahkan produk atau perkhidmatan mereka itu halal".

"Kalau itu dipamerkan masyarakat Islam tidak syak wasangka bahawa benar-benar ini adalah produk halal kerana sudah disahkan," kata Muhyiddin.

Menjawab satu soalan, Muhyiddin berkata, ikut undang-undang perkara ini tidak diwajibkan pada masa sekarang.

Namun, katanya, kalau sudah diisytiharkan sesuatu itu sudah halal, mereka ia perlu halal, kalau tidak boleh dihukum di bawah peraturan sedia ada. - Bernama

Wednesday, July 21, 2010

Kopi luwak halal


KARTA - Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa bahawa kopi musang (civet coffee) adalah halal dan boleh diminum umat Islam.

Keputusan itu diumumkan selepas MUI mengadakan perbincangan dengan wakil Nahdlatul Ulama berhubung isu kopi itu yang menimbulkan percanggahan pendapat antara pakar agama di negara berkenaan di Jakarta, kelmarin.

Wakil Nahdlatul Ulama, Arwani Faishal berpendapat bahawa minuman yang dikenali 'kopi luwak' di Indonesia adalah najis dan haram diminum.

Pengerusi MUI, Ma’aruf Amin pula mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa kopi itu boleh diminum dengan syarat biji kopi berkenaan yang terkena najis binatang dicuci bersih sebelum diproses.

Kopi musang dihasilkan daripada biji kopi yang dimakan musang dan kemudian keluar dari tubuh binatang itu melalui proses penghadaman.

Biji kopi berkenaan dibersihkan dan dipanggang bagi menghasilkan serbuk kopi yang dianggap kopi paling mahal di dunia.

Kopi itu dihasilkan di Pulau Jawa, Sumatera dan Sulawesi serta terkenal di kebanyakan negara Asia kerana aroma yang dikatakan unik dan istimewa.

Hanya 450 kilogram kopi musang dihasilkan setiap tahun di seluruh dunia, sekali gus harganya boleh mencecah lebih AS$440 (RM1,414) sekilogram.

Tuesday, July 20, 2010

Malaysia Pharmaceuticals & Healthcare Report Q3 2010" now available at Fast Market Research

2010-07-11 06:12:44 - New Healthcare market report from Business Monitor International: "Malaysia Pharmaceuticals & Healthcare Report Q3 2010"
Leading Malayisan drugmaker Pharmaniaga expects the outlook for the Malaysian pharmaceutical industry to improve in 2010. This view is in accordance with BMI's Pharmaceutical Expenditure Forecast Model, which shows that medicine sales in the South East Asian country increased by just 3.4% in 2009 - well below the 2004-2008 compound annual growth (CAGR) of 6.9%. However, driven by an expanding
economy and ageing population, we expect the market to expand by 9.46% in 2010 and 7.96% between 2009 and 2014. Growth will be led by the OTC and generics markets, which are both growing rapidly from relatively low bases.

Indeed, generics continue to be poorly promoted in Malaysia, with branded drugs generally viewed as superior in quality. The generics market was accordingly worth just MYR1.11bn (US$316mn) in 2009. The relatively small size of the market in Malaysia gives it a greater potential for growth in the coming years, however. After the OTC market, BMI believes the generics market will post the strongest growth over the next nine years. BMI's forecast shows a local currency CAGR of 10.34% over 2009-2014, increasing to 10.87% over 2009-2019.

Meanwhile, economic indicators for the country are beginning to look more positive, which should help sustain growth in the pharmaceuticals sector. BMI has bumped up our 2010 real GDP forecast to 4.9% (from 4.1%) in view of a stronger export recovery, although fears of a Chinese-led slowdown have forced us to downgrade our economic outlook for 2011, with growth expected to come in at only 3.5% (revising downwards from 4.7%). Malaysia's Q110 real GDP growth came in at a larger-than-expected 10.1% year-on-year (y-o-y), accelerating from the 4.5% expansion recorded in Q409. We remain concerned about the looming risk of a severe double-dip slowdown in China, which would affect for our forecasts for the pharmaceutical sector.

A further drawback to the industry's prospects came as Malaysia and the US appeared to all but abandon bilateral free trade agreement (FTA) negotiations. However, the possibility of Malaysia joining an alternative, multilateral trans-Pacific trade deal remains open. A trade deal would give impetus to Malaysia's growing pharmaceutical trade activity. The total value of pharmaceutical exports should grow to US147.7mn in 2010, reaching US184.9mn by 2014. However, growth in the value of imports will continue to outpace exports over the forecast period, as imports grow at a CAGR of 12%. Imports will be worth US$1.02bn in 2010, taking Malaysia's pharmaceutical deficit to US877mn.

In company terms, Pharmaniaga has had a turbulent start to 2010. Following the February release of financial results that BMI described as 'disappointing', the company's manufacturing licence has been revoked by the Pharmaceutical Services Division of the Ministry of Health as of March 2010. The firm's majority shareholder, UEM Group Berhad, has subsequently failed to deny claims that it plans to divest its interest in Pharmaniaga. Despite these setbacks, the outlook for Pharmaniaga is positive. According to Edge Malaysia, sources suggest the pharmaceutical company has retained its lucrative 10-year concession for the provision of generic drugs to the Malaysian government. This deal will provide a steady revenue stream and allow Pharmaniaga to increasingly explore growth strategies such as ramping up exports to neighbouring countries and producing higher-value medicines.

For more information or to purchase this report, go to:
- www.fastmr.com/prod/71684_malaysia_pharmaceuticals_healthcare_re ..

Partial Table of Contents:

Executive Summary
SWOT Analysis
- Malaysia Pharmaceuticals And Healthcare Industry SWOT
- Malaysia Political SWOT
- Malaysia Economic SWOT
- Malaysia Business Environment SWOT
Pharmaceutical Business Environment Ratings
- Table: Asia Pacific - Pharmaceuticals & Healthcare Business Environment Ratings For Q310
- Limits Of Potential Returns
- Risks To Realisation Of Returns
Malaysia - Market Summary
Regulatory Regime
- Pharmaceutical And Medical Advertising
- Recent Regulatory Developments
- Intellectual Property Regime
- Counterfeit Pharmaceuticals
- Compulsory Licensing
- Free Trade Agreements
- Pricing And Reimbursement
Industry Trends And Developments
- Epidemiology
- Table: 10 Leading Causes Of Death In Ministry of Health Hospitals, 2005
- Non-Communicable Disease
- Communicable Disease
- Healthcare Sector
- Healthcare Sector Funding
- Medical Tourism
- Biotechnology And Research
- Table: Key Points Of The Malaysian National Biotechnology Policy
- Table: The Benefits Of Conducting Biotechnology Research In Malaysia
- Recent Biotechnology Developments
- Clinical Trials
- Recent Developments in the Clinical Trials Industry
- Medical Devices
- Table: Malaysia - Clinical Diagnostics Market, 2006 (US$mn)
- Leading Medical Device Players
- Recent Developments In The Medical Devices Industry
Industry Forecast Scenario
- Overall Market Forecast
- Key Growth Factors - Industry
- Key Growth Factors - Macroeconomic
- Table: Malaysia - Economic Activity
- Prescription Drug Market Forecast
- Patented Product Market Forecast
- Generic Drug Market Forecast
- OTC Medicine Market Forecast
- Medical Device Market Forecast
- Pharmaceutical Trade Forecast
- Other Healthcare Data Forecasts
- Key Risks To BMI's Forecast Scenario
Competitive Landscape
- Domestic Pharmaceutical Industry
- Foreign Pharmaceutical Industry
- Pharmaceutical Demand
- Recent Company Activities
- Halal Medicine
- Traditional Medicine
Company Profiles
- Leading Indigenous Manufacturers
- Pharmaniaga
- Prime Pharmaceutical
- Bumimedic
- Hovid
-

Full Table of Contents is available at:
-- www.fastmr.com/catalog/product.aspx?productid=71684&dt=t

About Business Monitor International

Business Monitor International (BMI) offers a comprehensive range of products and services designed to help senior executives, analysts and researchers assess and better manage operating risks, and exploit business opportunities, across 175 markets. BMI offers three main areas of expertise: Country Risk BMI's country risk and macroeconomic forecast portfolio includes weekly financial market reports, monthly regional Monitors, and in-depth quarterly Business Forecast Reports. Industry Analysis BMI covers a total of 17 industry verticals through a portfolio of services, including in-depth quarterly Country Forecast Reports. View more research from Business Monitor International at www.fastmr.com/catalog/publishers.aspx?pubid=1010

About Fast Market Research

Fast Market Research is an online aggregator and distributor of market research and business information. We represent the world's top research publishers and analysts and provide quick and easy access to the best competitive intelligence available.

For more information about these or related research reports, please visit our website at www.fastmr.com or call us at 1.800.844.8156.

Indonesia - The Halal food business

Indonesia’s highest authority on Islamic affairs said on Thursday that halal certification, which clears products for consumption by Muslims, could help the country ride out free-trade bumps.
Indonesia has the world’s largest population of Muslims, but halal certificates issued by the Indonesian Council of Ulema (MUI) are not obligatory, including for food products.

MUI executives say that only about 20 percent of products sold in Indonesia are certified as halal by the council.


“It will be a bargaining tool for us on the international stage, as the quality and hygiene of our products often come into question,” Ichwan Syam, the MUI secretary, said at the Vice Presidential Palace. During a meeting with Vice President Boediono, the MUI asked him to preside over the opening of an international halal food and business exhibition to kick off in Jakarta on July 23. Sixteen countries are scheduled to take part in the event.

“With a halal requirement in place, imported food products would have to be either certified or banned. This should be part of the government’s policy to ensure that our people don’t consume unhealthy products or those that are not halal,” Ichwan said.

He added that one of the problems with the current halal certification was that it was still on a voluntarily basis and was restricted only to food products.

“In other countries, the certification includes food, beverages, drugs, cosmetics and other products,” Ichwan said.

“In Malaysia, there is a regulation that belts should not be made from pig skin as they are considered unclean by Muslims. In Indonesia, we don’t even consider whether a leather belt is halal or not.” However, he said there had been some progress in raising public awareness about consuming halal products.

Ichwan also said the certification fee accounted for a small fraction of expenses, but that in order to promote halal certification, mall-based retailers should get the fee waived.

However, he said that much discussion was still needed before halal certification could become mandatory.


“There are different arguments for whether it should be mandatory,” he said. “Some people object because they say Indonesia is technically not an Islamic country. Meanwhile, other people think that it should be mandatory to protect Muslims, who make up the majority here.”

The MUI would need to consult with several other institutions, including food, beverage and drug producers’ trade groups, as well as government agencies such as the Religious Affairs Ministry, the Trade Ministry and the Agriculture Ministry, before mandatory certification can even be considered.Meanwhile, the council is also planning to issue several edicts, including on tattoos, hypnosis, transgender people and trading in human organs, at its upcoming national meeting.

Anwar Abbas, head of the organizing committee for the meeting, said the transgender issue came in the wake of the recent case of Alterina Hofan, who suffered from a rare disorder that caused his mother to mistakenly register him as a girl at birth.

Alterina is currently on trial for illegally amending his gender status to male on his identification documents.

“The urgency of addressing this case was expressed by the public, and not because the MUI wanted to weigh in on it ourselves,” Anwar said.
Source: halalfocus

Switzerland - Nestles the world largest Halal producer

Nestlé: Famous maker of chocolate, coffee — and the world’s biggest producer of halal food for Muslims? Another surprise: that the company managed to gain market share in most business segments in a recession — largely because of the scope of its offerings. Nestlé isn’t just the biggest producer of halal food (which conforms with Islamic dietary law) in the world; it’s the biggest producer of food, period (ahead of Kraft), with 2009 revenue of $99 billion. While its scale is enormous — 1.2 billion people buy its products daily, and 28 of its brands bring in more than 1 billion Swiss francs (about $870 million) annually — one of its strengths is not thinking like a behemoth.
Nestlé knows how to tailor products to local niches while leveraging its size. What Evolution Securities analyst Warren Ackerman calls its “glocal” approach has landed it at the No. 1 spot in its category on Fortune’s World’s Most Admired Companies list every year but one since 1998.

That mindset has created items like Nescafé with creamer and sugar included, useful in places lacking refrigeration, and a huge range of products targeted to subgroups like Hispanics in the U.S. “That’s why we don’t have two factories — we have 450,” CEO Paul Bulcke tells Fortune. “We empower our people to make consumer-relevant decisions as close as possible to the markets.”

It helps that Nestlé spent nearly $2 billion on R&D last year. Along with new products, the company is expert at what it calls “renovation,” or refreshing existing brands. (Cherry Raisinets, anyone?) Nestlé’s research also helped it realize that health and nutrition were the future long before most of us had heard of probiotic yogurt. Its 60/40+ strategy means that, when testing a new product, it wants consumers to prefer its products over its competitors’ six out of 10 times, and that it wants them to have added nutrition (the plus). As for the recent acquisition of Kraft’s frozen pizza business?

“There’s no unhealthy food,” asserts Bulcke. “There are unhealthy diets.”
True or not, the diversity of Nestlé’s portfolio helped it weather the storm last year. The company has offerings within every price point, such as Deer Park and San Pellegrino waters and Dreyer’s Edy’s and Häagen-Dazs ice cream, allowing even those that trade down to remain within the Nestlé fold without even realizing it.

Source: halalfocus

HDC kumpul data industri halal

ETALING JAYA - Sebanyak 90 peratus industri halal di negeri Johor terutama membabitkan makanan dikuasai syarikat berskala Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Halal (HDC), Datuk Seri Jamil Bidin (gambar) berkata, meskipun jumlah penglibatan itu tinggi namun tahap persaingan dari segi produk dan pemasaran IKS berkenaan masih tidak mencapai piawaian antarabangsa.

Menurut beliau, IKS sepatutnya memahami kehendak dan permintaan pasaran antarabangsa yang berbeza daripada pasaran tempatan terutama dalam memastikan produk mereka berdaya saing serta memenuhi standard luar negara.

"Sebagai contoh, ada sesetengah IKS memasarkan produk bagi pasaran Timur Tengah sama dengan pasaran di Amerika Syarikat atau Eropah. Langkah ini hanya mengundang kegagalan dari segi pemasaran.

"IKS perlu menjadi lebih bijak dan berani untuk menembusi pasaran antarabangsa dan seterusnya mempromosikan halal yang sudah menjadi satu tanda aras di seluruh dunia," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.